Malaysia perlu keluar perangkap negara berpendapatan sederhana – Zahid

- Advertisement -

KUALA LUMPUR -Malaysia perlu keluar daripada perangkap berpendapatan sederhana setelah selama lebih dua dekad telah terperangkap sepertimana yang telah diklasifikasikan oleh Bank Dunia.

Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi berkata, sekiranya Malaysia gagal meningkatkan kelebihan daya saing dan daya tarikannya, maka pesaing akan lebih ke hadapan dan terus maju.

Sekali gus menjejaskan kemakmuran negara dan kesejahteraan rakyat biasa secara keseluruhannya, tegas beliau.

Sehubungan itu, beliau yang juga Menteri Kemajuan Desa dan Wilayah menyatakan kerajaan akan terus komited untuk mewujudkan persekitaran ekonomi yang lebih kondusif bagi membolehkan rakyat membangunkan potensi diri dan seterusnya menjadi pemangkin kepada pembangunan negara.

Zahid berkata demikian ketika merasmikan seminar anjuran MarkPlus Institute Asean bertajuk “Entrepreneurial Marketing: How To Grow Your Business Post-Pandemic”.

Beliau turut berharap seminar ini mampu membawa satu anjakan baharu berdasarkan peluang dan ruang yang ada berasaskan perkembangan teknologi terkini.

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat