Najib tak pernah adu dana RM42 juta salah masuk akaun peribadinya – Mahkamah Rayuan

- Advertisement -

KUALA LUMPUR – Datuk Seri Najib Razak tidak pernah mengemukakan aduan kepada bank untuk memaklumkan mengenai dana RM42 juta yang dimasukkan ke dalam akaun peribadinya secara salah.

Demikian dinyatakan dalam penghakiman Mahkamah Rayuan hari ini malah Hakim, Datuk Abdul Karim Abdul Jalil memberitahu Najib cukup berpuas hati menerima dan menggunakan dana itu mengikut kehendaknya dan tidak pernah ditunjukkan bahawa penggunaan dana itu berkaitan dengan SRC atau urusan perniagaannya.

Abdul Karim berkata, hakim Mahkamah Tinggi mengambil perkara itu sebagai membawa maksud bahawa pemindahan wang berkenaan diketahui oleh Najib, kerana jika tidak, beliau tidak akan membelanjakan wang berkenaan.

“Perkara yang wajar dilakukan oleh mana-mana pemegang akaun yang tersilap atau tidak sengaja menerima dana ke dalam akaunnya ialah mengembalikan wang itu dan membetulkan kesilapan terbabit.

“Bagaimanapun perayu tidak melakukannya. Oleh itu, keseluruhan keterangan menguatkan inferen hakim yang arif bahawa perayu pastinya mengetahui mengenai RM42 juta yang dipindahkan ke dalam akaunnya.

“Oleh itu, kami bersetuju dengan hakim perbicaraan bahawa unsur penting penyelewengan harta yang diamanahkan oleh perayu, berjaya dibuktikan dengan jelas,” katanya.

Abdul Karim berkata, terdapat bukti jelas menunjukkan Najib menyalahgunakan RM42 juta, dan menggunakan untuk kegunaan sendiri serta menyalahgunakannya.

Beliau berkata, RM42 juta itu bertentangan dengan penegasan Najib bahawa beliau menggunakannya bagi program tanggungjawab sosial korporat (CSR) syarikat, sebaliknya digunakan untuk kepentingan peribadi dan tujuan politik.

“Kami bersetuju dengan keputusan hakim Mahkamah Tinggi bahawa keterangan yang dikemukakan pihak pendakwaan, jelas menunjukkan bahawa pergerakan wang RM27 juta, RM5 juta dan RM10 juta daripada akaun bank SRC adalah tindakan penyelewengan yang tidak jujur.

“RM42 juta akhirnya dimasukkan ke dalam akaun bank perayu dan tidak pernah dialihkan ke mana-mana akaun lain…RM42 juta itu digunakan oleh perayu.

“Sebaik sahaja dana diterima ke dalam akaun bank perayu, dia menggunakannya dengan mengeluarkan beberapa cek.

“Dalam keadaan itu, perayu mengetahui dana yang dikreditkan ke dalam akaun bank, dan di sisi undang-undang dia bertanggungjawab ke atas aktiviti dalam akaunnya,” katanya memetik BH.

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat