Usah Biar LCS Tenggelam Oleh Mahkamah Netizen – Zahid

- Advertisement -

KUALA LUMPUR- Skandal perolehan Kapal Tempur Pesisir (LCS) kini menjadi sensasi terutamanya ketika zaman netizen menjadi peguam dan hakim di jabatan netizen yang didakwa mencetus kekeliruan.

Bekas Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi berkata, sememangnya politik ‘blame game’ menjadikan pembangkang cepat popular dan populis.

Namun kata beliau, tanpa perspektif yang menyeluruh, fragmentasi atau serpihan pendapat seolah-olah menjadi senjata untuk menarik perhatian netizen.

” Memang netizen cenderung suka perkara sensasi. Namun setiap fakta dan data perlulah diketahui secara lebih jelas dan tepat.

” Zaman netizen menjadi peguam dan hakim di jabatan netizen adalah zaman baharu selepas kepesatan teknologi mewabak hingga berlaku kekeliruan,” kata Zahid dalam kenyataan pada Isnin.

Presiden UMNO itu malah berkata, kekeliruan adalah disebabkan tidak dapat membezakan di antara yang palsu dan benar.

Justeru tegas beliau, pihak berkuasa dan kerajaan perlu memberikan perspektif yang menyeluruh.

“Asasnya apabila Pakatan Harapan (PH) mengambil alih kerajaan dan cuba hentikan projek tersebut.

“Isu platform SIGMA atau GOWIND adalah produk lama dan baharu yang pihak terlibat lebih tahu dan perlu pencerahan kepada pihak awam.

“Namun terdapat kebimbangan pencerahan kepada aspek keselamatan negara kita akan menjejaskan rahsia keselamatan negara,”ujar Ahli Parlimen Bagan Datuk itu lagi.

Justeru kata Zahid, pihak kerajaan perlu menangani isu ini dengan lebih bijaksana dan telus supaya tidak tenggelam oleh mahkamah netizen.

” Sekali lagi diseru agar Jawankuasa Kira-kira Wang Negara (PAC ) seharusnya lebih sensitif dalam mengendalikan keseluruhan proses siasatan, khususnya isu keselamatan negara kerana ia masih di peringkat siasatan,” jelasnya.

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat