Bekas Menteri Pertahanan, Timbalan gesa kerajaan nyahklasifikasi tiga dokumen penting LCS

- Advertisement -

KUALA LUMPUR – Kerajaan digesa untuk segera nyahklasifikasikan tiga dokumen penting bagi projek Kapal Tempur Pesisir (LCS) supaya seluruh rakyat Malaysia lebih memahami isu di sebalik skandal LCS agar penyelesaian dapat dirungakai bersama.

Bekas Menteri Pertahanan, Mohamad Sabu dan bekas Timbalannya, Liew Chin Tong dalam kenyataan bersama, menyeru agar Menteri Pertahanan, Datuk Seri Hishammuddin Hussein dan kerajaan membuat keputusan dalam mesyuarat Kabinet pada hari Rabu ini untuk nyahklasifikasikan dokumen-dokumen penting berkaitan supaya seluruh rakyat Malaysia lebih memahami isu di belakang skandal LCS sekali gus dapat bersama mencari jalan penyelesaian.

“Tanpa nyahklasifikasi dokumen-dokumen ini, banyak soalan akan kekal tidak terjawab.

“Pertama, kami menyokong cadangan Jawatankuasa Kira-kira Wang Negara (PAC) untuk nyahklasifikasikan “Laporan Jawatankuasa Siasatan Tadbir Urus, Perolehan dan Kewangan Kerajaan (JKSTUPKK) berhubung Perolehan Enam Buah Second Generation Patrol Vessel (SGPV), Berkeupayaan Littoral Combatant Ship (LCS) Tentera Laut Diraja Malaysia, Kementerian Pertahanan Malaysia” terbitan Jawatankuasa Siasatan Tadbir Urus, Perolehan dan Kewangan Kerajaan (JKSTUPKK) yang dipengerusikan oleh Tan Sri Ambrin Buang.

” Laporan ini mempunyai maklumat kewangan yang tidak termasuk dalam laporan PAC,” kata mereka dalam kenyataan itu pada Isnin.

JKSTUPKK ditubuhkan oleh kerajaan Pakatan Harapan pada 30 Mei 2018 di atas gesaan Menteri Pertahanan pada masa itu, Mohamad Sabu.

Selain itu, kata mereka lagi dokumen kedua yang perlu dinyahklasifikasikan adalah laporan pengauditan forensik projek LCS dari tahun 2019 oleh Boustead Naval Shipyard (BNS). Pengauditan ini dilaksanakan oleh firma audit Alliance IFA.

“Laporan pengauditan forensik ini amat penting kerana mempunyai butiran tentang pihak yang bertanggungjawab di peringkat operasi projek.

“Ketiga, nyahklasifikasikan 10 pucuk surat yang ditulis oleh mantan Panglima Tentera Laut Laksamana Tan Sri Dr. Abdul Aziz Jaafar yang memegang jawatan tersebut dari 1 April 2008 hingga 17 November 2015,” katanya.

Berikut adalah kenyataan Dr. Aziz semasa prosiding PAC:

“Kerana dari awal lagi saya telah menegur tatacara perolehan. Dari awal lagi. Saya telah menegur tatacara perolehan, saya kata, “Something is gravely wrong”. So, saya tidak mengeluarkan kenyataan- kenyataan ini di luar tapi ini adalah peluang terbaik saya untuk memaklumkan bahawa I have registered my greatest disappointment to everyone that was supposed to be listening to me.”

“Despite all the letters, despite seeing personal presentation to all those sama ada KSU, Yang Berhormat Menteri, KSN, KSP dan juga Yang Amat Berhormat Perdana Menteri, we were fighting a losing battle.” (PAC Report, Point 5.1.1 C iii, pages 19-21)”.

Hal demikian kata Mohamad dan Chin Tong, mereka amat kecewa melihat teguran dan amaran beliau tidak dilayan oleh Perdana Menteri pada masa itu, Datuk Seri Najib Razak yang juga merupakan Menteri Kewangan, dan Menteri Pertahanan Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi.

“Untuk mendapatkan jalan keluar bagi skandal LCS yang melibatkan berbilion ringgit, Kabinet Malaysia perlu segera nyahklasifikasikan dokumen-dokumen ini,” tegas mereka lagi.

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat