JAWI, Polis Siasat Dan Ambil Tindakan Kegiatan Ajaran Sesat Hadi Minallah

- Advertisement -

KUALA LUMPUR -Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (JAWI)
bekerjasama dengan Polis Diraja Malaysia (PDRM) serta agensi berkaitan bagi melaksanakan siasatan dan tindakan susulan terhadap kegiatan kumpulan Hadi Minallah.

Pengarah JAWI, Datuk Mohd Ajib Ismail berkata, tindakan ini berdasarkan peruntukan undang-undang di bawah Akta 559 Akta Kesalahan Jenayah Syariah
(Wilayah-Wilayah Persekutuan) 1997.

“Sebarang usaha menyebarkan ajaran yang bercanggah dengan akidah Islam haruslah
dibanteras habis-habisan.

“Umat Islam disarankan agar sentiasa merujuk kepada autoriti agama bagi mengenal pasti dan menangkis anasir-anasir mengelirukan dari segi akidah, syariah, dan pemikiran yang memesongkan akidah serta menjauhkan diri dari sebarang kegiatan yang menyeleweng dari ajaran Islam yang sebenar,” katanya dalam kenyataan pada Isnin.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) Datuk Idris Ahmad memaklumkan hari ini Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) telah mengenal pasti lokasi pusat operasi kumpulan ajaran sesat Hadi Minallah.

Kata beliau maklumat berhubung lokasi itu telah diserahkan kepada Jawi untuk diambil tindakan selanjutnya.

Kumpulan ajaran Hadi Minallah berasal dari negara jiran dikesan berlaku di beberapa negeri di Malaysia dan aktif menyebarkan dakyah sesat mereka melalui YouTube, Persatuan Nur Mutiara Mutmainnah.

Berdasarkan video tular itu, seorang lelaki mendakwa sebagai pengasas ajaran itu, Wayang Hadi Kesumo atau Hadi Aminullah Ahmad berasal dari Indonesia dan dia mengaku tiada agama dan menyebarkan fahaman makrifat sesat, Nur Muhammad serta pluralisme agama yang dakwanya Tuhan tidak melihat kepada agama selain turut menolak hadis.

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat