Zahid, Najib Restu Pelantikan Ismail Sabri Sebagai TPM – Ahli MKT UMNO

- Advertisement -

CYBERJAYA: Pelantikan Naib Presiden UMNO, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob sebagai Timbalan Perdana Menteri telah mendapat restu daripada Presiden UMNO, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi dan bekas Presiden UMNO, Dato’ Seri Mohd Najib Tun Abd Razak.

Ahli Majlis Kerja Tertinggi UMNO, Datuk Armand Azha Abu Hanifah, berkata Ismail Sabri telah bertemu empat mata bersama Ahmad Zahid mengenai pelantikannya sebagai Timbalan Perdana Menteri. Kata Armand lagi, Ismail Sabri juga telah mendapat pendapat daripada bekas Presiden UMNO, Dato’ Seri Mohd Najib Razak berkenaan lantikan tersebut.

‘Alhamdulillah, kedua-dua mengatakan perkara yang sama untuk merestui pelantikan Ismail Sabri sebagai Timbalan Perdana Menteri,

“Oleh itulah, semalam keputusan untuk menerima pelantikan tersebut sebagai Timbalan Perdana Menteri itu berlaku selepas lewat petang lebih kurang jam 7.00 malam selepas selesai mendapat persetujuan dan restu daripada Ahmad Zahid dan Najib Razak.

“Apapun itu adalah sebahagian yang perlu masyarakat dan rakyat perlu faham akan situasi yang berlaku,” kata Armand melalui video yang dimuat naik di Facebooknya.

Terdahulu, Ismail Sabri pada kenyataan media semalam berkata, beliau menerima tanggungjawab itu sebagai amanah yang perlu digalas dengan ikhlas dan jujur demi kestabilan politik, ekonomi dan kemakmuran negara.

Beliau yang kekal memegang portfolio Menteri Pertahanan berkata pelantikan itu bukan satu keistimewaan, sebaliknya adalah amanah dan tanggungjawab yang berat khususnya ketika negara menghadapi pandemik COVID-19 dan dalam usaha menjayakan Pelan Pemulihan Negara (PPN).

“Doa saya, semoga kita semua tanpa mengira agama, bangsa dan fahaman politik dapat bersama-sama membawa Malaysia mencapai masa depan yang lebih cemerlang,” katanya pada kenyataan tersebut.

Selain itu, dDalam pengumuman semalam, Pejabat Perdana Menteri turut mengumumkan pelantikan Datuk Seri Hishammuddin bin Tun Hussein sebagai Menteri Kanan Kluster Keselamatan dan kekal sebagai Menteri Luar Negeri.

Hishammuddin juga akan membantu Perdana Menteri dalam dalam pelaksanaan Pelan Pemulihan Negara.

Menurut kenyataan media tersebut, kedua-dua pelantikan ini telah disembah maklum kepada KDYMM Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong dan berkuatkuasa serta-merta. -SuaraTV

BACA LAGI: 

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat