Dilantik Menteri Kanan, Hishammuddin Mahu Bekerja Demi Rakyat Dan Negara Seikhlas Hati

- Advertisement -

CYBERJAYA: Menteri Luar, Dato’ Seri Hishammuddin Tun Hussien, berkata pelantikan beliau sebagai Menteri Kanan Luar Negeri dan juga mengetuai Kluster Keselamatan adalah satu tanggungjawab dan harapan rakyat yang cukup besar.

Beliau berkata, dalam berdepan era pandemik Covid-19, hanya dengan stabiliti, kesatuan dan kerjasama semua pihak dapat memastikan kita mampu keluar daripada krisis ini bersama-sama.

Ujarnya lagi, jawatan atau kedudukan yang diamanahkan ini  tetap tidak akan mengubahkan pendiriannya untuk bekerja demi rakyat dan negara seikhlas hati.

“Terima kasih YAB Perdana Menteri di atas kepercayaan melantik saya selaku Menteri Kanan Luar Negeri. Dengan pelantikan ini, saya akan mengetuai Kluster Keselamatan selain membantu YAB Perdana Menteri dalam pelaksanaan Pelan Pemulihan Negara.

“Saya sedar dan insaf, dalam berdepan pandemik #COVID19, tanggungjawab dan harapan rakyat cukup besar. InsyaAllah saya akan galas tanggungjawab ini sebaiknya.

“Saya juga percaya, hanya dengan stabiliti, kesatuan dan kerjasama daripada semua pihak, kita mampu keluar daripada krisis ini bersama-sama.” katanya.

Terdahulu, Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin mengumumkan pelantikan Datuk Sri Ismail Sabri bin Yaakob sebagai Timbalan Perdana Menteri dan kekal memegang portfolio Menteri Pertahanan berkuatkuasa serta merta,

Dalam pengumuman sebentar tadi Pejabat Perdana Menteri turut mengumumkan pelantikan Datuk Seri Hishammuddin bin Tun Hussein sebagai Menteri Kanan Kluster Keselamatan dan kekal sebagai Menteri Luar Negeri.

Hishammuddin juga akan membantu Perdana Menteri dalam dalam pelaksanaan Pelan Pemulihan Negara.

Menurut kenyataan media tersebut, kedua-dua pelantikan ini telah disembah maklum kepada KDYMM Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong dan berkuatkuasa serta-merta.- SuaraTV

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat