MIC yakin plan UMNO gagal, Menteri tidak mahu lepaskan jawatan

- Advertisement -

KUALA LUMPUR – Presiden MIC, Tan Sri SA Vigneswaran memberitahu Presiden UMNO, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi supaya meminta semua menteri parti itu meletakkan jawatan dalam kerajaan Perikatan Nasional (PN) terlebih dahulu, berbanding mendesak Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin berundur.

Vigneswaran bagaimanapun berpendapat desakan UMNO keluar daripada kerajaan ketika ini tidak akan berjaya kerana didakwa semua Menteri Barisan Nasional (BN) di dalam kerajaan PN tidak bersetuju untuk melepaskan jawatan masing-masing.

“Kita tengok apakah tindakan UMNO terhadap Ahli Parlimen yang tidak bersetuju terhadap keputusan mesyuarat Majlis Kerja Tertinggi (MKT),” katanya.

Beliau berkata, desakan Zahid yang juga Pengerusi BN disifatkan tidak jelas dan tiada hala tuju.

“UMNO sebuah parti yang matang, mereka pun tahu… dulu ketika memerintah banyak kali desakan oleh pembangkang supaya perdana menteri mereka berundur, mereka tak buat pun sebab mereka tahu itu hanya desakan,” katanya memetik FMT.

Zahid ketika mengumumkan pendirian parti itu tengah malam tadi untuk menarik balik sokongan kepada Muhyiddin menyenaraikan tujuh sebab ia berbuat demikian yang kesemuanya berkaitan “kegagalan” kerajaan.

Beliau berkata, Muhyiddin gagal memuaskan garis panduan yang ditetapkannya pada 11 Mac 2020 sebagai syarat meneruskan sokongan kepada kerajaan beliau.

Sementara itu, Setiausaha Agung MCA Chong Sin Woon berkata, parti itu akan terus menyokong kerajaan PN sehingga pilihan raya umum (PRU) akan datang.

“Sehingga BN membuat keputusan rasmi yang baharu, MCA pada masa ini masih menyokong PN sehingga PRU akan datang, seperti mana keputusan yang dibuat oleh BN sebelum ini,” katanya.

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat