Yang Jatuh Hukuman Hakim, Bukan Kerajaan PN – Najib

- Advertisement -

KUALA LUMPUR – Bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak berkata, kerajaan Perikatan Nasional(PN) tidak pernah menjatuhkan hukuman terhadap Lisa Christina, wanita yang dihukum penjara 30 hari kerana melanggar perintah kawalan pergerakan (PKP).

sebaliknya, sebarang hukuman yang dijatuhkan ke atas pesalah adalah dibuat oleh hakim, mengikut budi bicara mana-mana hakim yang terlibat.

“Satu, bukan kerajaan PN yang jatuhkan hukuman. Hakim yang jatuhkan hukuman dalam mahkamah. Lain hakim, lain hukuman yang dijatuhkan mengikut budi bicara masing-masing.”

Tambah Najib, beliau turut bersimpati terhadap wanita itu kerana meskipun kes tersebut bukan isu politik namun, terdapat usaha di kalangan Pakatan Harapan yang mempolitikkan isu ini.

“Walaupun saya bersimpati dengan saudari ini, saya nak jelaskan ia bukan isu politik dan orang PH yang cuba membuatkan ini sebagai isu politik patut tahu dua kebenaran ini.”

Tambahnya, kerajaan PN setakat ini tidak pernah menukar mana-mana hakim atau membuat pindaan undang-undang sejak PH tumbang, sebaliknya ketua-ketua hakim yang adalah pada hari ini merupakan lantikan kerajaan PH dahuu, termasuk Ketua Hakim Negara.

“Dua, kerajaan PN tidak pernah menukar sebarang hakim atau meminda apa-apa undang-undang sejak PH tumbang. Ketua-ketua hakim yang ada sekarang semuanya ditukar dan dilantik masa PH dahulu termasuk ketua hakim negara,” tulisnya dalam satu hantaran di Facebook.

Semalam Lisa memaklumkan dia sudah bersedia dari segi mental untuk menjalani hukuman namun, apabila mula berbual dengan 37 banduan lain di Penjara Kajang, beliau sedar ada sesuatu yang tidak kena.

“Dalam sel ada 38 orang, termasuk saya dan yang lain semua warga asing, wanita Indonesia. Saya satu-satunya rakyat Malaysia di sana.

“Mereka dijatuhi hukuman kerana (melanggar) PKP dan juga kerana tidak ada permit, tetapi hukuman penjara mereka lebih rendah berbanding saya (dikenakan hukuman) 14 hari. Saya telah dibuli (oleh mereka dalam penjara).

“Hukuman terhadap saya paling tinggi dalam sel, itu sebabnya mereka tanya, kenapa wanita Malaysia dipenjara 30 hari hanya kerana (melanggar) PKP?

“Orang ketawakan saya (dalam penjara), mereka kata saya seorang pembohong,” kata Lisa dalam satu sidang media.

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat