Anwar ‘Manusia Berpenyakit’, Tidak Layak Ketuai Pembangkang – Khairuddin

- Advertisement -

KUALA LUMPUR – Sejak mengetuai barisan pembangkang pada 1999, Anwar Ibrahim tidak mampu mengalahkan kerajaan Barisan Nasional, sehinggalah pada Pilihan Raya Umum (PRU) ke-14 lalu, Tun Dr Mahathir Mohamad mengetuai pembangkang Pakatan Harapan, kerajaan Barisan Nasional kalah buat kali pertama dalam PRU.

Atas faktor tersebut, Presiden PKR itu didakwa tidak layak sama sekali mengetuai barisan pembangkang kali ini.

“Sejak pilihanraya tahun 1999; Anwar Ibrahim memimpin pembangkang tetapi gagal untuk tumbangkan BN. Hanya setelah gabungan dengan Tun Dr Mahathir Mohamad barulah pembangkang berjaya tumbangkan BN.

“PH tidak menghormati tun dr mahathir mohamad. Mereka hanya pandang tun dr mahathir mohamad sebelah mata saja.

“Pemimpin-pemimpin PH cepat lupa sejarah. PH menang pru14 atas dasar faktor tun dr mahathir mohamad bukan anwar ibrahim.

“Sesungguhnya, Anwar Ibrahim tidak layak dicalonkan oleh PH sebagai ketua pembangkang. Ini masalah dengan pemimpin-pemimpin PH yang suka tunduk secara ‘membabi-buta’ terhadap anwar ibrahim,” demikian menurut pengasas bersama Parti Peribumi Bersatu Malaysia (PPBM), Datuk Seri Khairuddin Abu Hassan.

Kharuddin, hari ini tampil mengkritik keputusan yang dibuat oleh kalangan pemimpin PH, kerana melantik Anwar Ibrahim yang disifatkannya sebagai ahli politik ‘berpenyakit’ itu mengetuai blok tersebut

Tambahnya, keputusan menamakan Anwar sebagai ketua pembangkang itu, jelas membelakangi Tun Dr Mahathir, yang juga merupakan tokoh penting dalam PH ketika memenangi PRU-14 lalu.

Perkara ini menurutnya kerana, ramai di kalangan pemimpin PH yang taksub serta memberi sanjungan yang berlebihan secara membuta-tuli terhadap Abwar Ibrahim.

“Parti PKR pun hancur-lebur kini; macam mana Anwar Ibrahim nak pimpin PH?  Partinya sendiri pun tak mampu nak pimpin.

“Lanskap kepimpinan negara berubah adalah kerana majoriti ahli-ahli parlimen tidak mahu Anwar Ibrahim menjadi perdana menteri.

“Beliau hanya ‘syok’ sendiri dan ‘mimpi di siang hari’ saja untuk jadi perdana menteri. Anwar ibrahim lupa bahawa beliau sudah tidak relevan lagi dan majoriti rakyat tidak menyukainya selaku pemimpin ‘fasiq’ serta hipokrit,” katanya.

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat