RM2.2 juta semarak seni

- Advertisement -

KUALA LUMPUR: Menyedari kepentingan memulihkan semula atau ‘restore’ sektor dikenali sebagai ‘Badan Bukan Kerajaan (BBK) Kebudayaan’, Kementerian Pelancongan, Seni dan Budaya (MOTAC) mengambil langkah proaktif memastikan penggerak seni, budaya dan warisan terus aktif biarpun berdepan detik mencabar.

Sehubungan itu, sepanjang tahun lalu, sebanyak 217 NGO menerima peruntukan lebih RM2.2 juta yang diluluskan Jawatankuasa Panel Penilai Kebudayaan (JPPK) MOTAC bagi menyemarakkan industri seni, budaya dan warisan.

Daripada jumlah itu, lebih RM1.6 juta disalurkan untuk 30 permohonan bantuan kegiatan persatuan manakala RM582,500 diagihkan sebagai membiayai kos pentadbiran kepada 187 persatuan aktif yang terkesan dengan pandemik COVID-19.

Menteri Pelancongan, Seni dan Budaya, Datuk Seri Nancy Shukri, berkata kementerian mengambil kira persatuan berteraskan seni, budaya dan warisan sebagai golongan pelaksana kepada semua kegiatan dengan hala tuju ditetapkan.

“Penggiat industri kebudayaan dan kesenian kerugian lebih RM85 juta dalam tempoh setahun akibat penularan COVID-19.

“Justeru, sesi libat urus yang diadakan secara berperingkat ini memberi peluang kepada kedua-kedua pihak berkongsi pendapat dan bertukar pandangan agar industri ini kembali aktif,” katanya.

Nancy berkata demikian pada pada sesi libat urus bersama BBK dan Penggiat Industri Sektor Kebudayaan yang dikendalikan Jawatankuasa Pengurusan Krisis di ibu negara, baru-baru ini.

Sesi itu turut dihadiri Ketua Setiausaha MOTAC, Datuk Dr Noor Zari Hamat.

 

Penggerak seni budaya menerima kecam pandemik COVID-19 turut diberi bantuan MOTAC untuk terus aktif.
Penggerak seni budaya menerima kecam pandemik COVID-19 turut diberi bantuan MOTAC untuk terus aktif.

 

Pada sesi itu, sektor teater, seni persembahan dan muzik diwakili Persatuan Seni Bangsawan Bintang Timur; Persatuan Seni dan Teater Selangor; Persatuan Seni Pentas India Kuala Lumpur dan Persatuan Teater Malaysia.

Turut serta Persatuan Anak Soleh Malaysia; Persatuan Swakarya Serumpun; Persatuan Teater Hidayah Kuala Lumpur; Kelab Kartasis Seni; Persatuan Han dan Perbadanan Kesenian Malaysia (TOFA).

Tidak ketinggalan Kuala Lumpur Performing Arts Centre (KLPAC), Penang Performing Arts Centre (Penang PAC) dan Petaling Jaya Performing Arts Centre (PJ PAC).

Turut menghantar wakil Persatuan Pemuzik Malaysia (Musicians for Musicians), Malaysian Buskers Club dan Persatuan Karyawan Malaysia (KARYAWAN).

Pada sesi berkenaan, antara syor dikemukakan sektor teater adalah peruntukan untuk penggiat industri terus aktif biarpun berdepan kekangan kewangan.

Peserta juga mencadangkan diwujudkan dana tetap pengurusan persatuan untuk membayar kos sewaan pejabat, utiliti dan sagu hati pengurusan.

Menjawab soalan, Nancy berkata, biarpun MOTAC tiada peruntukan khas bagi tujuan itu, namun pada tahun lalu, bantuan sebanyak RM582,500 disalurkan kepada 187 persatuan seni, budaya dan warisan bagi meringankan kos pentadbiran setiap organisasi.

Mengenai permintaan sektor seni persembahan yang memohon mendapatkan lebih penonton fizikal iaitu sekurang-kurangnya 50 peratus kapasiti premis, Nancy berkata, isu berkenaan bergantung kepada status penularan COVID-19 dan kelonggaran prosedur operasi standard (SOP).

Tambah Nancy, MOTAC dari semasa ke semasa menyediakan SOP bagi membolehkan pembukaan semula sektor-sektor kebudayaan, namun keputusannya adalah tertakluk kepada Majlis Keselamatan Negara (MKN) dan Kementerian Kesihatan.

Pada sesi itu, wakil industri muzik mencadangkan dana disuntik oleh MOTAC dan Kementerian Komunikasi dan Multimedia (KKMM) agar persembahan muzik di hotel diaktifkan semula.

Ini disebabkan kekangan pihak hotel yang tidak mampu membayar gaji pemuzik berikutan kemelesetan ekonomi dan industri perhotelan.

Berita Harian

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat