PH tuntut penjelasan Menteri Luar, Duta Besar Malaysia bertemu junta Myanmar

- Advertisement -

KUALA LUMPUR – Majlis Setiausaha Pakatan Harapan (PH) mendesak Menteri Luar, Datuk Seri Hishammuddin Hussein menjelaskan pertemuan Duta Besar Malaysia ke Myanmar dengan Menteri Elektrik dan Tenaga Myanmar.

Katanya, Duta Besar Malaysia ke Myanmar, Datuk Zahairi Baharim mengadakan pertemuan denhan Aung Than Oo pada 7 April lalu di Naypidaw.

Kenyataan media bersama membabitkan tiga setiausaha parti komponen PH yakni, Datuk Seri Shamsul Iskandar Mohd Akin (PKR), Khalid Samad (Amanah) dan Liew Chin Tong (DAP).

Tegas mereka, pertemuan ini menimbulkan beberapa persoalan berkait pendirian Malaysia terhadap junta Myanmar.

Katanya, umum maklum bahawa kerajaan yang dipilih rakyat Myanmar secara sah telah diguling pihak tentera Myanmar atau Tatmadaw dalam satu kudeta pada 1 Februari lalu.

Hal demikian, Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin sebelum ini telah menggesa tahanan politik termasuk Aung San Suu Kyi dibebaskan segera.

Malah katanya, beliau juga menggesa agar satu sidang tergempar ASEAN diadakan membincangkan keadaan Myanmar namun permintaan-permintaan ini belum dilaksana.

PH berkata pertemuan Duta Besar Malaysia dengan junta Myanmar, terutama ketika pendirian negara dalam isu tahanan politik dan sidang tergempar ASEAN masih tidak berubah, menimbulkan persepsi Malaysia mengiktiraf kerajaan tersebut.

“Ini tidak membantu usaha mengembalikan demokrasi di Myanmar,” jelas PH.

Menurut laporan media, Zahairi adalah duta negara ASEAN pertama yang membuat pertemuan dengan junta tentera.

Malah kata penganalisis politik Asia Tenggara, Bridget Welsh pertemuan antara Zahairi dengan Aung Than Oo memberi keabsahan kepada pemerintahan junta.

/

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat