Isu Rakaman Audio Zahid, Anwar Belum Pasti Kebenarannya – Musyidul Am PAS

KUALA LUMPUR – Pas menyifatkan audio rakaman perbualan Presiden UMNO, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi dengan Presiden PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim belum dipastikan kebenarannya.

Menurut Mursyidul Amnya, Datuk Hashim Jasin, dari sudut politik, jika audio itu benar, maka kerjasama di belakang tabir yang dijalinkan adalah hak masing-masing.

“Apa yang saya nampak kita belum pasti audio tersebut benar atau tidak. Jika betul, kita boleh faham ada usaha di sebalik apa yang berlaku melibatkan antara UMNO dan PKR

“Dari sudut politik pula, memang hak masing-masing, tetapi kita menzahirkan dukacita jika ianya benar.

“Namun, kita tidak berputus asa dan usaha berterusan dilakukan bagi penyatuan ummah. Jadi, UMNO perlu fikir semasaknya sebelum membuat keputusan bekerjasama dengan PKR,” katanya yang dipetik Harakahdaily sebagai berkata.

Beliau bagaimanapun, berharap audio rakaman yang tular di media sosial itu tidak betul.

Semalam, Ahmad Zahid dan Anwar menafikan audio perbualan itu dan masing-masing membuat laporan polis.

Sementara itu, Hashim memberi amaran kepada mana-mana pihak yang cuba memecah-belahkan perpaduan umat Islam, akan ditentangnya.

Beliau berkata, bagi Pas, Muafakat Nasional (MN) yang dimeterai dengan UMNO serta mengadakan kerjasama dengan Parti Pribumi Bersatu (Bersatu) adalah untuk menguatkan lagi perpaduan ummah.

“MN yang dijalin bertujuan untuk menguatkan lagi perpaduan umat Islam dan Melayu di negara ini. Begitu juga jalinan kerjasama dengan Bersatu.

“Kalau ada usaha dari pihak tertentu hendak memecah belahkan perpaduan umat Islam kita terpaksa menentang mereka,” katanya.

Menurut beliau, Pas secara jelas telah menolak kerjasama dengan PKR dan DAP, di samping mengharapkan masih ada masa untuk diperbetulkan matlamat MN dan perpaduan ummah itu sendiri. – MalaysiaGazette

Topik Hangat

50 Buffet Ramadhan 2021 Kuala Lumpur Selangor

Bulan puasa kini menjengah, namun sudahkah anda jumpa destinasi buffet untuk sesi iftar nanti? Atau anda masih tercari-cari destinasi buffet yang mana yang patut anda...

Hakim kelihatan ‘terdorong’ putuskan Najib bersalah – Peguam

PUTRAJAYA: Mahkamah Rayuan hari ini diberitahu, hakim dalam perbicaraan kes Datuk Seri Najib Razak berkaitan dana SRC International Sdn Bhd, bagaikan 'terdorong' untuk memutuskan...

UMNO 3.0 Sedia Singkir Zahid, Najib Termasuk Mat Hasan Ogos Ini : Laporan

KUALA LUMPUR - Spekulasi tersebar luas berkait rancangan yang sedang berjalan untuk menyingkirkan Presiden UMNO, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi dan pendahulunya Datuk...

Berita Berkaitan

Kluster Mahkamah ibarat binatang politik tunggang Ketuanan Melayu : Bersatu

KUALA LUMPUR - Pemimpin politik yang dikategorikan dalam "Kluster Mahkamah" dianggap sebagai binatang politik yang mempergunakan Ketuanan Melayu untuk kepentingan peribadi, dakwa Ahli Majlis...

Kalau ‘Tekan’ Kuat Sangat, Saya Mungkin Bertanding Lagi Pada PRU15 – Mahathir

LANGKAWI: Bekas perdana menteri Tun Dr Mahathir Mohamad menjelaskan bahawa beliau berkemungkinan besar akan bertanding dalam Pilihanraya Umum ke-15 (PRU15) sekiranya terdapat banyak permintaan daripada...

UMNO, PAS, Bersatu, PKR & Amanah Bentuk Kesatuan Baharu Depani PRU-15?

KUALA LUMPUR - Gelombang politik baharu tanah air bakal berubah lagi, apabila hari ini Ketua Pemuda UMNO Titiwangsa, Datuk Nazir Hussin Aktar Hussin memulakan...