Dakwaan Ada Hubungan Sulit, Adun DAP Isytihar Keluar Parti

SHAH ALAM – Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) kawasan Teratai di Selangor, Bryan Lai Wai Chong hari ini mengumumkan keluar daripada DAP dan bergerak sebagai wakil rakyat bebas yang menyokong Pakatan Harapan (PH).

Beliau berkata keputusan itu dibuat untuk menyelesaikan masalah peribadinya dan tidak mahu DAP terpalit dengan dakwaan mempunyai hubungan sulit yang dihadapinya.

“Saya cintakan parti DAP dan tidak mahu nama baik parti itu terjejas kerana isu yang dihadapi oleh saya.

“Tetapi saya masih lagi pro-PH dan tidak akan masuk ke mana-mana parti yang lain,” katanya dalam kenyataan di sini,
Keputusan wakil rakyat itu bagaimanapun tidak menjejaskan pentadbiran kerajaan PH.

Minggu lalu, Lai meletak jawatan sebagai Setiausaha Organisasi DAP Selangor. – Bernama

Topik Hangat

50 Buffet Ramadhan 2021 Kuala Lumpur Selangor

Bulan puasa kini menjengah, namun sudahkah anda jumpa destinasi buffet untuk sesi iftar nanti? Atau anda masih tercari-cari destinasi buffet yang mana yang patut anda...

Hakim kelihatan ‘terdorong’ putuskan Najib bersalah – Peguam

PUTRAJAYA: Mahkamah Rayuan hari ini diberitahu, hakim dalam perbicaraan kes Datuk Seri Najib Razak berkaitan dana SRC International Sdn Bhd, bagaikan 'terdorong' untuk memutuskan...

UMNO 3.0 Sedia Singkir Zahid, Najib Termasuk Mat Hasan Ogos Ini : Laporan

KUALA LUMPUR - Spekulasi tersebar luas berkait rancangan yang sedang berjalan untuk menyingkirkan Presiden UMNO, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi dan pendahulunya Datuk...

Berita Berkaitan

Kluster Mahkamah ibarat binatang politik tunggang Ketuanan Melayu : Bersatu

KUALA LUMPUR - Pemimpin politik yang dikategorikan dalam "Kluster Mahkamah" dianggap sebagai binatang politik yang mempergunakan Ketuanan Melayu untuk kepentingan peribadi, dakwa Ahli Majlis...

Kalau ‘Tekan’ Kuat Sangat, Saya Mungkin Bertanding Lagi Pada PRU15 – Mahathir

LANGKAWI: Bekas perdana menteri Tun Dr Mahathir Mohamad menjelaskan bahawa beliau berkemungkinan besar akan bertanding dalam Pilihanraya Umum ke-15 (PRU15) sekiranya terdapat banyak permintaan daripada...

UMNO, PAS, Bersatu, PKR & Amanah Bentuk Kesatuan Baharu Depani PRU-15?

KUALA LUMPUR - Gelombang politik baharu tanah air bakal berubah lagi, apabila hari ini Ketua Pemuda UMNO Titiwangsa, Datuk Nazir Hussin Aktar Hussin memulakan...