PKP Fasa Ke-3, Hingga 29 April Ini?

- Advertisement -

KUALA LUMPUR – Kerajaan dijangka akan mengumumkan tempoh lanjutan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) Fasa Ketiga sehingga 29 April, Khamis ini bagi mengekang penularan wabak Covid-19.

Perkara itu dikongsikan oleh salah seorang pembaca SuaraTV melalui rakaman gambar skrin yang dimuatnaik di laman Instagram.

Melalui gambar tersebut, pihak kerajaan dijangka bersedia untuk berdepan dengan tempoh PKP yang lebih lama sehingga ke Fasa Keempat.

Sekiranya penularan wabak ini semakin menunjukkan peningkatan tempoh PKP kemungkinan besar akan dilanjutkan sehingga ke 12 Mei 2020.

Gambar itu dipercayai dirakamkan ketika sesi taklimat tertutup yang dijalankan oleh pihak MKN.

Bagaimanpun tidak dapat dipastikan bila gambar tersebut dirakamkan.

Menteri Kanan, Ismail Sabri Yaakob semalam berkata kerajaan melalui Majlis Keselamatan Negara (MKN) bersama Kementerian Dalam Negeri (KDN) akan mengeluarkan garis panduan dan prosedur operasi standard (SOP) baru Khamis ini.

Peraturan baru itu katanya, berkemungkinan akan dipecahkan mengikut zon positif Covid-19 bagi memberi kelonggaran kepada rakyat untuk bergerak bagi memastikan wabak itu tidak menular.

Beliau bagaimanapun berkata, SOP itu akan digunakan selepas tarikh PKP fasa ke-2 tamat pada 14 April ini.

Sementara itu Ketua Pengarah Kesihatan, Datuk Dr Noor Hisham Abdullah sebelum ini berkata tempoh PKP fasa kedua yang diumumkan sebelum ini adalah tempoh kritikal dan mustahak bagi menentukan Malaysia berjaya atau tidak memutuskan rantaian penularan wabak ini. – SuaraTV

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat