Sindiket Tipu Jualan Topeng Muka dan Judi Online Ditumpaskan

- Advertisement -

PETALING JAYA – Satu sindiket yang dipercayai aktif melakukan kegiatan judi haram dalam talian dan penipuan penutup mulut dan hidung tumpas selepas empat lelaki berjaya ditangkap di sebuah bangunan pejabat di Jalan PJU 5/1 dekat Kota Damansara semalam.

Ketua Polis Daerah Petaling Jaya, Asisten Komisioner Nik Ezanee Mohd Faisal berkata, mereka ditahan dalam serbuan oleh pasukan Bahagian Siasatan Jenayah Komersial Petaling Jaya dengan kerjasama Jabatan Siasatan Jenayah Komersial Kuala Lumpur sekitar 3 petang.

“Kami melakukan serbuan di pejabat di Kota Damansara dan hasil pemeriksaan di sana, kami berjaya menahan empat lelaki yang sedang sibuk menggunakan komputer disyaki menguruskan judi online sebelum pemeriksaan rawak di lakukan polis.

“Kesemua suspek berusia 18 hingga 24 tahun dan pasukan polis menghubungi Jabatan Jenayah Siber dan Multimedia Bukit Aman untuk tindakan analisis mengesahkan aktiviti suspek tersebut.

“Hasilnya berjaya disahkan wujud aktiviti penipuan penutup muka di atas talian dan judi online melibatkan sindiket haram itu yang dipercayai beroperasi secara aktif selama enam bulan ini,” katanya dalam sidang media kejayaan di sini.

Hasil siasatan lanjut juga mendapati sindiket itu beroperasi sebagai pusat tambah nilai pertaruhan judi dalam talian dan menjalankan aktiviti penipuan penjualan topeng mulut dan hidung sepanjang tempoh tersebut.

Menurutnya, sindiket itu juga dikesan menggunakan beberapa akaun persendirian dan syarikat untuk melakukan transaksi pembayaran bagi penjualan penutup mulut dan hidung sebagai taktik mengelak pihak berkuasa menghidu kegiatan mereka itu.

“Hasil siasatan dan semakan lanjut polis juga mengesahkan bahawa ada satu laporan polis diterima daripada mangsa di daerah ini membabitkan penipuan penutup mulut dan hidung yang mengalami kerugian RM2,500.

“Kami juga berjaya merampas beberapa komputer riba, komputer desktop dan telefon bimbit yang disyaki digunakan sindiket untuk kegiatan penipuan atas talian itu.

“Kes sedang disiasat mengikut Seksyen 420 Kanun Keseksaan dan Seksyen 4(1)(c) Akta Rumah Judi Terbuka 1953 untuk tindakan lanjut,” tegasnya.

Dalam satu lagi serbuan ketiga pada pukul 9 malam tadi, polis berjaya menahan 11 individu termasuk lima wanita warga Indonesia berusia antara 31 hingga 60 tahun di sebuah premis menjalankan kegiatan judi dalam talian di Taman Sri Manja.

Semasa polis menyerbu premis itu, tiga wanita Indonesia dipercayai penjaga premis judi berkenaan ditemui di berada kaunter premis tersebut.

“Polis yang melakukan pemeriksaan lanjut menemui enam lagi individu tempatan termasuk seorang wanita dan dua lagi wanita Indonesia yang kesemuanya datang sebagai pelanggan premis judi tersebut.

“Polis mendapati premis itu beroperasi sejak sebulan lalu dan berjaya mengenal pasti dua sindiket judi dalam talian yang aktif menjalankan kegiatan haram itu di daerah ini dengan nama We Chat dan VVIP.

“Saya tak dapat berikan butiran terperinci sebab kes masih disiasat mengikut Seksyen 4(1)(c) Akta Rumah Judi Terbuka 1953.

“Tetapi saya ingin memberi amaran kepada mereka, sila hentikan operasi haram anda di PJ.. saya sangat serius dalam hal ini dan tindakan lanjut akan menyusul dan polis akan jejaki mereka,” tegasnya.

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat