Covid19: Dua Bangunan Di KL Dikenakan Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan

- Advertisement -

PUTRAJAYA – Kerajaan mengumumkan sebuah lagi kawasan Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD) di Bangunan Selangor Mansion dan Bangunan Malayan Mansion di Jalan Masjid India, Kuala Lumpur.

Menteri Kanan (Kluster Keselamatan), Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata, PKPD keempat itu berkuatkuasa hari ini sehingga proses pengesanan wabak berkenaan selesai.

Langkah itu dibuat selepas menerima nasihat daripada Menteri Kesihatan, Datuk Seri Dr. Adham Baba.

“Kerajaan di atas nasihat dari Menteri Kesihatan telah memutuskan mengenakan PKPD keempat di Bangunan Mansion dan Bangunan Malayan Mansion di Jalan Masjid India KL. Arahan PKPD berikutan 15 kes positif jangkitan COVID-19 di dua bangunan tersebut.

“PKPD ini akan melibatkan penghuni di 365 unit rumah dan premis perniagaan. Perintah ini akan berkuatkuasa hari ini sehingga proses pengesanan kes unit ke unit selesai, waktu itu saringan kesihatan dilakukan pada PKPD tersebut,” katanya dalam sidang media di sini pada Selasa.

Dua bangunan tersebut merupakan PKPD terbaharu diumumkan kerajaan selepas Kluang, Johor; Hulu Langat, Selangor dan Menara Plaza City One di Jalan Munshi Abdullah, Kuala Lumpur.
Dengan pelaksanaan perintah ini:

  • tempoh perintah dikuatkuasakan.
  • Bukan penghuni dan pelawat tidak dibenarkan masuk ke kawasan tersebut;
    sepanjang tempoh perintah dikuatkuasakan
  • Semua aktiviti perniagaan dihentikan kecuali premis barangan keperluan;
    (essentials) di bangunan tersebut;
  • Penghuni boleh membuat pesanan makanan yang boleh dihantar dan diambil di tempat yang ditetapkan.
    Pangkalan Perubatan (Medical Base) dibuka di kawasan PKPD. Semua laluan keluar masuk kawasan PKPD ditutup
  • Semua penghuni tidak dibenarkan keluar dari kawasan PKPD sepanjang
  • Bagi pelaksanaan perintah ini, semua penghuni diminta untuk bertenang dan memberi kerjasama; dan sepenuhnya kepada petugas-petugas dari KKM serta mematuhi semua arahan pihak berkuasa.

Penghuni yang memerlukan bantuan atau mempunyai sebarang pertanyaan boleh menghubungi Bilik Gerakan PKP DBKL 03-4026 7222 atau 016-296 2982.

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat