Peningkatan Mendadak Kes Positif Covid-19 Ada Kaitan Dengan Dua Kluster – KKM

- Advertisement -

PUTRAJAYA – Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) mengesahkan dua kluster yang mengakibatkan berlakunya peningkatan mendadak kes Covid-19 iaitu persidangan gereja di Kuching dan majlis perkahwinan di Bandar Baru Bangi.

Ketua Pengarah Kesihatan, Datuk Dr. Noor Hisham Abdullah berkata, kedua-dua kluster itu dikategorikan sebagai perhimpunan besar-besaran.

“Persidangan keagamaan selama tiga hari yang telah berlangsung di Kuching, Sarawak, setakat ini seramai 83 orang disahkan positif. Di mana dua kematian dan lima kes kritikal di Unit Rawatan Rapi (ICU).

“50 kes kini sedang dirawat di hospital dan 25 kes di bawah pemerhatian di pusat kuarantin, hanya seorang pulih sepenuhnya,” katanya ketika sidang media perkembangan Covid-19 hari ini.

Kluster majlis perkahwinan di Bandar Baru Bangi pula membentuk jangkitan sehingga generasi kelima.

“Sehingga 6 April ini, sebanyak 88 kes telah disahkan positif Covid-19 daripada kluster ini termasuk satu dirawat di ICU. Setakat ini tiada kematian dilaporkan dengan kluster ini,” tambahnya.

Bagaimanapun beliau sekali lagi menegaskan, masyarakat diseru tidak menyalahkan atau mendikriminasikan mana-mana pesakit atau kumpulan yang dikaitkan dengan kluster jangkitan Covid-19.

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat