Covid19: Tiada Majlis Buka Puasa, Solat Terawih Bersama Sultan Selangor Tahun Ini

Tukar portfolio tak jejas pentadbiran, cuma salah faham kecil – Bung Moktar

KOTA KINABALU- Pertukaran portfolio antara Pengerusi Barisan Nasional (BN) Sabah, Datuk Seri Bung Moktar Radin dan Timbalan Ketua Badan Pimpinan Parti Pribumi Bersatu Malaysia...

Jeffrey lepaskan jawatan di Persekutuan, fokus Sabah

KUALA LUMPUR - Timbalan Ketua Menteri Sabah yang baru diangkat, Datuk Dr Jeffrey Kitingan memilih untuk melepaskan jawatannya sebagai Timbalan Menteri Pelancongan, Seni dan Budaya...

Difitnah Tawarkan Ayam Goreng Berulat Kepada Pelanggan, McDonalds Sedia Ambil Tindakan Undang-Undang

Sebelum ini, kita dikejutkan dengan berita seorang gadis sengaja sebar fitnah dengan mengatakan ayam goreng dibelinya di McDonalds berulat. Justeru itu, gadis tersebut bertindak...

Nizam kuarantin dua minggu

KUALA LUMPUR: Penyanyi Gugurnya Bunga Cinta, Nizam Laksamana terpaksa menjalani tempoh kuarantin selama dua minggu di rumah selepas pulang dari Sabah, kelmarin. Dalam perkongsian menerusi...

Tak sorok nikah

KUALA LUMPUR: Pelakon filem Jangan Pandang Belakang, Intan Ladyana, 38, tidak akan merahsiakan berita perkahwinannya, sebaliknya berkongsi andai sudah tiba jodohnya. Sebelum ini, desas-desus yang...

SHAH ALAM – Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah menitahkan majlis berbuka puasa dan solat terawih bersama rakyat yang menjadi tradisi baginda di masjid seluruh negeri pada Ramadan tidak dianjurkan tahun ini.

Setiausaha Sulit Sultan Selangor, Datuk Mohamad Munir Bani, dalam kenyataan pada Rabu, berkata baginda dengan berat hati memutuskan sedemikian setelah mengambil kira faktor keselamatan rakyat susulan penularan wabak COVID-19 yang belum dapat dibendung sepenuhnya.

“Telah menjadi tradisi Sultan Selangor pada setiap bulan Ramadan baginda akan mengadakan majlis berbuka puasa bersama rakyat di semua daerah di negeri dan menyampaikan sumbangan hari raya daripada Lembaga Zakat Selangor (LZS) kepada asnaf dan fakir miskin.

“Namun pada bulan Ramadan tahun ini, Sultan Selangor dengan berat hati telah memutuskan untuk tidak mengadakan majlis berbuka puasa dan solat terwaih bersama rakyat di masjid di seluruh negeri ini,” katanya.
Bagaimanapun, kata beliau, sumbangan duit raya dan agihan zakat kepada asnaf serta golongan memerlukan seperti yang disampaikan pada majlis berbuka puasa sebelum ini tetap akan disalurkan.

LZS akan mengagihkan zakat dan bantuan hari raya berjumlah RM500 kepada setiap golongan berkenaan menerusi kaedah yang lebih selamat dan efisen iaitu secara pengkreditan terus ke akaun bank penerima.

“Bagi penerima yang tidak mempunyai akaun bank, LZS akan memberikan baucer tunai untuk dikeluarkan di mana-mana cawangan Bank Islam,” katanya.

Mohamad Munir berkata Sultan Sharafuddin turut menasihatkan umat Islam supaya menyambut bulan Ramadan tahun ini dengan menumpukan sepenuhnya kepada amal ibadah selain sentiasa berwaspada serta mematuhi panduan dan arahan terkini dikeluarkan kerajaan dan Kementerian Kesihatan Malaysia.

“Baginda juga mendoakan seluruh rakyat dijauhi daripada bencana serta dilindungi Allah S.W.T dan berharap semoga wabak COVID-19 dapat segera berakhir supaya masyarakat dapat kembali menjalani kehidupan seperti biasa dalam keadaan sihat serta aman dan sentosa,” katanya. – BERNAMA

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

Topik Hangat

Bagi Sumbangan Tak Tanya Kami, Pegawai Mukhriz Bidas Ebit Liew

ALOR SETAR - Eksekutif Media Menteri Besar Kedah mendakwa tindakan penceramah terkenal, Ustaz Ebit Lew memberikan bantuan kepada golongan asnaf di negeri itu telah...

Haramkan Sekolah Tahfiz Kalau Mahu Arak Diharamkan Kata Siti Kassim

Kuala Lumpur - Peguam Siti Zabedah Kasim menyelar cadangan Pas untuk mengantung penjualan arak ekoran peningkatan kes yang melibatkan pemandu mabuk. Dia yang lebih dikenali...

Seorang Menteri Umum Letak Jawatan Petang Ini

Kuala Lumpur - Seorang menteri dijangka bakal mengumumkan meletak jawatan petang ini. Menurut sumber yang menghubungi SuaraTV sebentar tadi satu sidang akhbar akan diadakan bagi...

Berita Berkaitan

Jeffrey lepaskan jawatan di Persekutuan, fokus Sabah

KUALA LUMPUR - Timbalan Ketua Menteri Sabah yang baru diangkat, Datuk Dr Jeffrey Kitingan memilih untuk melepaskan jawatannya sebagai Timbalan Menteri Pelancongan, Seni dan Budaya...

BERSATU Mungkir Janji, Bung ‘Mengamuk’ Di Hadapan Hajiji

Kota Kinabalu - Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Moktar Radin dikatakan mengamuk di hadapan Ketua Menteri Sabah yang baharu, Datuk Seri Hajiji Noor...

Bung Moktar Dilantik Timbalan Ketua Menteri Sabah (1)

KOTA KINABALU: Pengerusi Perhubungan UMNO dan Barisan Nasional (BN) Sabah, YB Datuk Sri Bung Moktar Radin dilantik sebagai Timbalan Ketua Menteri Sabah 1. Majlis mengangkat...