COVID-19: Trumph Salahkan WHO

- Advertisement -

Presiden Amerika Syarikat (AS), Donald Trump hari ini menyalahkan Organisasi Kesihatan Sedunia (WHO) atas peningkatan kes Covid-19 di negaranya dan seluruh dunia, lapor CNN.

Trump merujuk kepada beberapa pendekatan salah yang diambil badan dunia itu dalam mengendalikan pandemik berkenaan seperti soal menutup sempadan dan sebagainya selepas Covid-19 diisytihar sebagai darurat kesihatan pada 30 Januari lalu.

Menurut Trump,walaupun kebanyakan dana untuk badan tersebut datang dari Amerika Syarikat tapi ia sangat “China centric”.

Trump sedang menimbang untuk menyekat peruntukan kepada WHO walaupun kongres negara tersebut telah meluluskan sebanyak $122 juta kepada organisasi tersebut untuk tahun ini.

Amerika Syarikat merupakan negara yang mempunyai jumlah kes Covid-19 paling tinggi di dunia iaitu sebanyak 380 ribu kes, dengan lebih 10 ribu kematian.

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat