Wuhan Akhiri ‘Lockdown’

- Advertisement -

CHINA: Ketika banyak bandar utama di dunia mengetatkan kawalan bagi mengekang penyebaran Covid-19, bandar Wuhan yang diletakkan dibawah perintah ‘lockdown’ berikutan tercetusnya wabak Covid-19 di sana, secara rasminya mengakhiri perintah berkenaan semalam -selepas 76 hari.

Dengan pengumuman tersebut, dianggarkan lebih 55,000 orang yang terperangkap di Wuhan sejak perintah ‘lockdown’ dikenakan, akan mula meninggalkan bandar tersebut melalui hub pengangkutan utama bandar berkenaan.

Bagaimanapun dilaporkan ramai penduduk Wuhan masih mengambil sikap berhati-hati berikutan jumlah pesakit yang dirawat dan orang yang mempunyai simptom, masih ramai di bandar berkenaan.

Pegawai kesihatan berkaitan penyakit berjangkit di negara tersebut bagaimanapun, memberikan amaran bahawa Wuhan berhadapan tugas berat untuk menghalang kes-kes import pula.

Pembukaan semula bandar Wuhan tidak bermaksud semuanya sudah selesai, penduduk masih perlu mengamalkan langkah-langkah tertentu seperti memakai topeng muka, jarak sosial dan sebagainya.

-SuaraTV

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat