Gubal Akta Anti Lompat Parti Perlu Sokongan Dua Pertiga – Takiyuddin

- Advertisement -

KOTA BHARU: Penggubalan akta anti lompat parti memerlukan sokongan dua pertiga majoriti di Parlimen bagi meminda Perkara 10 (1)(c) Perlembagaan Persekutuan.

Menurut Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Takiyuddin Hassan, sekiranya perkara berkenaan tidak dipinda, ia boleh dicabar oleh mana mana pihak di mahkamah.

Kalau kita hendak buat undang-undang anti lompat parti, kita kena pinda Perlembagaan dulu, berkaitan freedom of association (kebebasan berpersatuan).

“Dan, undang-undang anti lompat parti ada di Pulau Pinang, tetapi apabila ahli dewan undangan negeri (ADUN) PKR melompat parti, kerajaan Pulau Pinang tak berani pecat.

Saya yakin, kalau mereka kena pecat, dia akan bawa ke mahkamah,” katanya di sini pada Sabtu.

Beliau memberi contoh ketika kerajaan negeri Kelantan menggubal enakmen anti lompat parti pada 1990.

Apabila berlaku dua ADUN melompat parti, katanya, kerajaan negeri mengisytiharkan kedudukan mereka sebagai ADUN telah terlucut.

Susulan itu, kedua-dua ADUN berkenaan mencabar keputusan kerajaan negeri dan mahkamah kemudiannya memutuskan enakmen kerajaan negeri itu bercanggah dengan Perlembangaan negara.

“Mengambil iktibar peristiwa berkenaan, untuk menggubal akta anti lompat parti, memerlukan pindaan pada Perkara 10(1)(c) Perlembagaan negara,” katanya.

Takiyuddin mengulas cadangan Wanita MCA pada Sabtu supaya kerajaan menggubal segera undang-undang anti lompat parti sebelum pilihan raya umum ke-15 (PRU15) bagi menghentikan budaya ‘katak politik’.

Ketua Wanita MCA Datuk Heng Seai Kie berkata, budaya itu kini semakin parah, oleh itu, negara tidak akan stabil sekiranya undang-undang itu tidak digubal.

Menurut Heng, sejak PRU14 pada 9 Mei 2018, seramai 60 wakil rakyat telah melompat parti – Astro Awani

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat