Muhyiddin Diberi Peluang Masuk Kaabah, Tunai Umrah

- Advertisement -

CYBERJAYA — Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin yang menunaikan Umrah di Makkah, Sabtu, (Ahad di Malaysia), diberi peluang dan penghormatan oleh pemerintah Arab Saudi untuk memasuki Kaabah.

Isteri beliau, Puan Sri Noorainee Abdul Rahman turut bersama menunaikan Umrah hari ini, lapor Bernama.

Muhyiddin berada di Arab Saudi bagi lawatan kerja rasmi selama empat hari bermula atas undangan Raja Arab Saudi, Raja Salman bin Abdulaziz Al-Saud.

Untuk rekod, sebelum ini, bekas Perdana Menteri Ke-6, Datuk Seri Najib Tun Razak turut pernah diberi peluang memasuki Kaabah sebanyak dua kali pada Jun 2015 dan Januari 2018.

Selain itu, bekas Perdana Menteri ke-4 dan Ke-7, Tun Dr Mahathir Mohamad juga berpeluang memasuki Kaabah semasa menunaikan umrah pada 1993.

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat