RUU Kesalahan Menghendap Akan Dibentang Semula Di Dewan Rakyat

- Advertisement -

PUTRAJAYA — Satu Memorandum Jemaah Menteri berhubung Rang Undang-undang (RUU) akan dibentangkan dalam masa yang terdekat.

Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Undang-Undang dan Reformasi), Ramkarpal Singh berkata, kedua-dua RUU Kanun Keseksaan (Pindaan) dan RUU Kanun Tatacara Jenayah (Pindaan) (No 2) akan dibentang semula tertakluk kepada kelulusan Jemaah Menteri.

“Rang Undang-Undang (RUU) Kanun Keseksaan (Pindaan) 2022 dan RUU Kanun Tatacara Jenayah (Pindaan) (No. 2) 2022 berhubung kesalahan menghendap (stalking) telah dibentangkan bagi bacaan kali pertama di Dewan Rakyat pada 4 Ogos 2022, bacaan kali kedua dan ketiga pada 3 Oktober 2022 dan telah diluluskan setelah mendapat undi lebih suara daripada seramai 192 Ahli Dewan Rakyat yang hadir,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Namun demikian, katanya berikutan pembubaran Parlimen pada 10 Oktober 2022, RUU ini tidak dapat dibentangkan di Dewan Negara pada sidang Parlimen yang sama dan perlu dibentang semula di Dewan Rakyat pada sidang yang akan datang.

Jelasnya Kerajaan Perpaduan tetap komited dalam usaha mewujudkan undang-undang berhubung kesalahan menghendap.

“Sejak bulan Januari 2023, saya telah mengadakan pelbagai sesi libat urus bersama pelbagai pihak berkepentingan seperti Jabatan Peguam Negara, Bahagian Hal Ehwal Undang-Undang Jabatan Perdana Menteri, Women’s Aid Organisation dan juga Badan Peguam Malaysia bagi meneliti semula peruntukkan-peruntukkan kedua-dua RUU tersebut dan mendapatkan pandangan pihak berkepentingan.

“Hasil daripada kesemua sesi libat urus tersebut, saya telah mencadangkan penambahbaikan kepada draf RUU tersebut bagi memastikan penekanan diberikan kepada kesalahan ini secara holistik dan merangkumi semua aspek perundangan,”

Tambahnya RUU ini akan dibentangkan kepada Jemaah Menteri oleh Datuk Sri Azalina Othman Said, Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Undang-Undang dan Reformasi Institusi) dalam masa yang terdekat.

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat