Singapura Pelawa Program Pertukaran Pelajar Peringkat Menengah

- Advertisement -

KUALA LUMPUR – Singapura mempelawa Malaysia untuk mengadakan program pertukaran murid di peringkat menengah.

Menteri Pendidikan Fadhlina Sidek dalam pertemuan dengan rakan sejawat dari Singapura, Chan Chun Sing berkata, pertemuan dua hala dengan Menteri Pendidikan Singapura itu antara lain memfokuskan kepada perkongsian amalan terbaik dua negara dalam mengendalikan isu yang dihadapi murid di zaman digitalisasi.

Pertemuan itu bersempena Persidangan Majlis Pertubuhan Menteri-Menteri Pendidikan Asia Tenggara (SEAMEO) ke-52 yang diadakan di Manila bermula hari ini hingga 10 Februari.

“Pertemuan dua hala dengan Menteri Pendidikan Singapura itu antara lain memfokuskan kepada perkongsian amalan terbaik dua negara dalam mengendalikan isu yang dihadapi murid di zaman digitalisasi.

“… yang mana Singapura turut mempelawa Malaysia untuk mengadakan program pertukaran murid di peringkat menengah,” kata Fadhlina dalam kenyataan pada Rabu.

Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) juga menyatakan komitmen Malaysia-Singapura dalam MESCA-MESRC ke-16 iaitu sukan tahunan anjuran dua kementerian ini yang akan diadakan pada Mei 2023.

“Aktiviti tahunan ini menunjukkan komitmen berterusan dan kerjasama yang padu antara dua negara berjiran ini.

“Sesi ini diakhiri dengan komitmen Malaysia yang bersedia dengan potensi dan peluang untuk bekerjasama dengan Singapura bagi memperkukuhkan lagi jalinan silaturrahim dengan negara itu dalam bidang pendidikan di rantau Asia,” ujar beliau.

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat