Belum boleh aktif menyanyi – Zamani

- Advertisement -

KUALA LUMPUR: Penyanyi Zamani Ibrahim, 51, mengakui belum pulih sepenuhnya, malah masih perlu mempertimbangkan tawaran persembahan.

Dilihat kembali menyanyi apabila muncul mengadakan persembahan di Datum Mall, baru-baru ini, Zamani berkongsi, ia adalah sesi percubaan selepas berehat hampir sebulan untuk proses pemulihan dan fisioterapi.

“Saya menerima tawaran kerana tempoh persembahan singkat dan lokasinya juga tidak jauh dari rumah.

“Jadi, saya mengambil peluang mengubati kerinduan peminat yang tidak henti-henti memberikan sokongan.

“Bagaimanapun, saya masih perlu mempertimbangkan tawaran persembahan pada waktu terdekat. Ini kerana keadaan saya masih belum pulih sepenuhnya,” katanya kepada BH Online.

Zamani muncul mengadakan persembahan di Datum Mall bagi sesi percubaan selepas berehat hampir sebulan untuk proses pemulihan dan fisioterapi. - Foto IG Nur Juliana Abd Rani
Zamani muncul mengadakan persembahan di Datum Mall bagi sesi percubaan selepas berehat hampir sebulan untuk proses pemulihan dan fisioterapi. – Foto IG Nur Juliana Abd Rani

 

Penyanyi lagu Syair Si Pari Pari itu berkata, dia perlu banyak berehat dan masih menjalani rawatan susulan, selain perlu mengikuti sesi fisioterapi dua kali seminggu.

“Saya masih menjalani sesi fisioterapi dua kali seminggu untuk memastikan keadaan fizikal kuat dan stabil.

“Saya juga ingin menyiapkan diri dalam keadaan terbaik dan lebih bertenaga untuk acara persembahan akan datang.

“Apapun, saya ingin berterima kasih kepada peminat yang sangat prihatin terhadap perkembangan saya selepas menjalani pembedahan,” katanya.

Terdahulu, Zamani menjalani pembedahan membetulkan tulang belakang yang melengkung akibat penyakit skoliosis di sebuah pusat perubatan di Cheras pada 7 November lalu.

Zamani dibenarkan keluar selepas tiga hari pembedahan dan menjalani rawatan pemulihan di rumah.

Doktor memaklumkan Zamani akan pulih dan boleh aktif semula dalam masa tiga bulan bergantung kepada kekuatan antibodi.

Berita harian

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,462FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat