OPPO telah memperkenalkan telefon pintar premium terbaru iaitu Oppo Reno6 Z di Thailand. Peranti ini mempunyai skrin FHD+ AMOLED bersaiz 6.4 inci dengan kamera hadapan 32MP. Ia turut dikuasakan oleh cip Dimensity 800U dengan sokongan untuk rangkaian 5G SA / NSA, 8GB RAM serta menjalankan Android 11 dengan ColorOS 11.1.
Untuk kamera utama, peranti ini memiliki kamera belakang 64MP yang turut dipadankan bersama dengan 8MP kamera ultra lebar dan 2MP kamera makro. Ia juga hadir dengan bateri 4310mAh dengan pengecasan pantas 30W VOOC Flash Charge 4.0.
Oppo Reno6 Z memiliki berat 173g dan ketebalan 7.8mm menjadikannya salah satu telefon bimbit 5G paling nipis di pasaran sekarang. OPPO Reno6 Z hadir dalam warna Stellar Black dan Aurora dengan harga jualan 12,990 Baht atau bersamaan RM1699. Buat masa ini tiada maklumat mengenai ketersediaan untuk pasaran Malaysia.
MesraMobile.com