Idris Maafkan Siti, Doa Dijauhi COVID-19

- Advertisement -

KUALA LUMPUR – Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Senator Idris Ahmad memilih berjiwa besar dengan memaafkan peguam dan aktivis, Siti Kasim.

Bukan sekadar memaafkan, Idris juga mendoakan kesejahteraan pemilik nama Siti Zabedah Kasim itu.

“InsyaAllah saya maafkan.

“Saya doakan semoga Puan Siti diberi kesihatan yang baik dan dijauhkan virus COVID-19,” ciap Idris.

Semalam, selepas Idris menjawab tuduhan Siti bahawa jam tangan ‘emas’ yang dipakainya bukanlah berjenama Rolex tetapi jam buruj.

Susulan penjelasan Menteri Agama itu, Siti Kasim memohon maaf kepada Idris.

“Minta maaf Ustaz sebab saya memang salah,” ciap Siti.

Semalam Idris memaklumkan jam tangan digunakannya adalah jenama Buruj yang dipakainya sejak sekian lama untuk memudahkan beliau tahu waktu solat serta arah kiblat.

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat