Penulisan AI berisiko bocor rahsia negara – China beri amaran

- Advertisement -

SINGAPURA- Agensi antipengintip China mengeluarkan amaran baharu mengenai risiko keselamatan dicetuskan kecerdasan buatan (AI) ketika pengendalian maklumat sensitif atau sulit dengan menyasarkan aplikasi penulisan AI secara khusus.

Menurut Kementerian Keselamatan China Ahad lalu, terdapat kes kebocoran maklumat sensitif sejak beberapa tahun kebelakangan ini akibat penggunaan program penjana teks dalam talian, termasuk platform storan awan, alat penulisan AI serta aplikasi pengecaman imej atau teks.

Portal berita CNA memetik kementerian itu yang melaporkan alat penjana teks dalam talian adalah kaedah popular untuk menyelesaikan tugas kerana lebih mudah dan laju serta menjadi pilihan pertama bagi ramai pekerja di pejabat untuk mengendalikan urusan kerja harian.

“Dalam beberapa tahun kebelakangan ini, alat penulisan AI semakin berkembang pesat dan menjadi ‘pena’ bagi ramai pekerja pejabat yang mana artikel boleh dihasilkan hanya dengan input tertentu,” menurut kementerian itu dalam notis di akaun rasmi WeChat.

Menurut laporan Bloomberg pada Mei, ByteDance’s Doubao adalah chatbot AI yang paling popular, banyak dimuat turun pada iOS Apple di China dengan kira-kira sembilan juta pengguna sehingga April lalu.

Data juga menunjukkan Doubao mempunyai pengguna aktif bulanan paling banyak iaitu lebih empat juta sebulan.

Kementerian itu turut memberi amaran penggunaan AI berisiko membocorkan maklumat sulit dan rahsia negara sekiranya pekerja yang mengendalikan maklumat sensitif “secara haram” memasukkan maklumat sulit ke dalam aplikasi penulisan AI untuk menjana artikel tanpa memikirkan sebarang kemungkinan risiko.

Aplikasi itu secara automatik akan mengumpulkan maklumat dan data berkaitan boleh dicuri dengan mudah oleh agensi asing.

“Sebaik fail itu dimuat naik ke awan, ia meningkatkan risiko “agensi perisikan pengintipan asing” mengaksesnya melalui “virus trojan”, menurut kementerian itu.

Pihak berkuasa China juga memberi amaran penggunaan aplikasi pengecaman teks atau teknologi Pengecaman Aksara Optik yang mana mana teks boleh diekstrak daripada imej dengan satu klik.

“Ini bermakna agensi perisikan asing dengan mudah mendapatkan data bahagian belakang perisian melalui cara teknikal dan mencuri rahsia negara,” lapor Agensi.

Kementerian juga mengambil kira kumpulan sembang kerja dalam talian sebagai satu lagi potensi risiko keselamatan menerusi perbincangan sulit kerja dalam kumpulan itu yang mana agensi asing boleh mendapatkan rekod sembang melalui serangan siber.

Susulan itu, kementerian menggalakkan amalan baik seperti melakukan pemeriksaan antivirus secara berkala pada peranti.

“Kita menikmati kemudahan yang dibawa oleh teknologi kepada kehidupan dan kerja harian, tetapi pada masa yang sama harus berwaspada terhadap agensi perisikan asing yang mungkin mencuri rahsia negara kita,” katanya.

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat