‘Rumah’ Gema Pelagu

- Advertisement -

PENGALAMAN selama 15 tahun mematangkan Salammusik dalam selok-belok industri muzik tanah air.

Justeru, pemenang Anugerah Industri Muzik (AIM) 2013 ini melangkah setapak lagi apabila menubuhkan syarikat rakaman sendiri iaitu Gema Pelagu.

Mereka kini berjaya melancarkan sebuah lagu berjudul Mengejar Pelangi dan sebuah lagu puisi moden berjudul Kasih Yang Jauh.

Salam yang juga penyanyi Salammusik berkata, Gema Pelagu dipilih sebagai nama label kerana mempunyai maksud tersendiri.

“Ia adalah rumah bagi ahli kumpulan kami di mana mereka berkumpul untuk membuat latihan, rakaman dan penulisan lagu.

“Penularan Covid-19 menyebabkan kami tidak dapat membuat persembahan, tapi untuk menghargai masa yang ada, kami meningkatkan produktiviti dengan menghasilkan lebih banyak lagu serta bekerjasama dengan artis yang lain.

 

JAY Tan pencipta lagu Kasih Yang Jauh.
JAY Tan pencipta lagu Kasih Yang Jauh.

 

“Berbekalkan semangat yang tinggi terhadap muzik, ia adalah langkah yang pasti bagi melancarkan karya-karya ini,” katanya.

Dalam masa seminggu, Gema Pelagu sudah melancarkan dua single iaitu Mengejar Pelangi dan Kasih Yang Jauh.

Mengejar Pelangi adalah sebuah lagu yang mengisahkan mengenai mengejar cita-cita yang bermula dari mimpi.

“Lagu ini dihasilkan oleh Muhd ‘Payung’ Irhas yang juga pemain trumpet dan komposer untuk kumpulan Salammusik. Liriknya pula ditulis oleh Syed Al Daim dan Payung.

“Kasih Yang Jauh pula lebih kepada lagu puisi. Lagu puisi moden ini ditulis oleh Jay Tan yang pernah menghasilkan lagu Aku Pelat dan lagu-lagu lain untuk kumpulan Salammusik, manakala muziknya pula dihasilkan oleh saya,” katanya.

Kasih Yang Jauh pula menceritakan mengenai kerinduan seorang anak terhadap ibu bapanya di dalam menanti waktu untuk bertemu.

Lagu-lagu yang dilancarkan oleh Gema Pelagu boleh dinikmati menerusi laman maya muzik seperti spotify, manakala muzik videonya pula boleh ditonton di saluran YouTube Salammusik.

Harian Metro

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat