Fungsi Parlimen dengar rintihan rakyat, bukan kuliah menteri – PH bidas PN

- Advertisement -

KUALA LUMPUR- Parlimen adalah medan mendengar masalah, menyuarakan rintihan dan memulihkan harapan rakyat disamping mencari penyelesaian kepada krisis negara.

Majlis Presiden Pakatan Harapan (PH) menegaskan, prinsip akauntabiliti dan ketulusan perlu ditegakkan dengan peranan semak dan imbang yang melibatkan semua Ahli Parlimen, dan Parlimen bukannya pentas untuk hanya mendengar kuliah Menteri tanpa diberi ruang membahas.

Oleh itu kata pimpinan pembangkang itu, kerajaan perlu menjemput pihak pembangkang untuk bersama-sama merangka serta mengatur perjalanan sidang khas Parlimen ini, yang mesti mengusahakan penyelesaian agar rakyat Malaysia dapat keluar dari krisis COVID-19 dan ekonomi ini.

“Janganlah sehingga pihak pembangkang terpaksa mendesak sidang Parlimen khas yang adil.

“Kita mesti bersama memerangi COVID-19 untuk menyelamatkan negara, dan bukannya berpolitik untuk melindungi jawatan dan kedudukan,” kata kenyataan bersama PH itu.

Majlis Presiden PH berkata, mereka mengambil maklum kenyataan Pejabat Perdana Menteri bahawa Parlimen akan bersidang bermula 26 Julai selama lima hari bagi Dewan Rakyat, dan bermula 3 Ogos selama tiga hari bagi Dewan Negara.

“Setelah diberi peringatan tiga kali oleh Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong, serta tekanan parti-parti politik malah juga rakyat Malaysia, akhirnya Perdana Menteri akur dan menjunjung titah Seri Paduka Baginda untuk memanggil sidang Parlimen.

“Walau bagaimanapun, Majlis Presiden berpandangan bahawa sidang khas tersebut adalah terlalu pendek untuk benar-benar membahaskan perkara-perkara yang telah dititikberatkan Seri Paduka Baginda, iaitu Proklamasi Darurat, Ordinan-Ordinan Darurat serta Pelan Pemulihan Negara.

“Malah kami amat kesal Kerajaan Perikatan Nasional (PN) hanya berniat untuk memberi penerangan berkaitan Pelan Pemulihan Negara COVID-19 tanpa sebarang perbahasan, dan Proklamasi serta Ordinan-Ordinan Darurat hanya akan dibentang dan tidak dibahas mahupun diputuskan. Ini langsung tidak menepati titah pandangan Seri Paduka Baginda.

“Sekiranya Kerajaan PN masih ingkar titah pandangan Seri Paduka Baginda, maka persidangan Parlimen kali ini hanyalah satu sandiwara politik dan bagai “melepaskan batok di tangga”, kata mereka.

Keanggotaan Majlis Presiden PH itu terdiri daripada Presiden PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim; Presiden Amanah, Mohamad Sabu dan Setiausaha Agung DAP, Lim Guan Eng.

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat