Rakyat tak perlukan TPM, tapi bantuan

- Advertisement -

KUALA LUMPUR – Rakyat terdesak perlukan bantuan bukannya Timbalan Perdana Menteri,” demikian penegasan Ketua Pemuda UMNO, Datuk Dr Asyraf Wajdi Dusuki berhubung ura-ura kononnya UMNO sibuk melobi jawatan itu.

Kata beliau, usah percaya berita palsu kononnya UMNO melobi jawatan Timbalan Perdana Menteri.

“Majlis Kerja Tertinggi (MKT) UMNO telah putuskan untuk tidak terima jawatan Timbalan Perdana Menteri, jauh sekali untuk melobi.

“Lagipun daripada melobi jawatan Timbalan Perdana Menteri , lebih baik melobi Perdana Menteri untuk tambah baik bantuan rakyat termasuk moratarium tanpa faefah terakru, i-Citra, segerakan dan tambah lagi Bantuan Tunai BPR,BPN, BKC.

“Tutup juga kilang-kilang tidak essential
kalau betul total lockdown bukan hanya kurung rakyat,” bidas Asyraf.

Dalam perkembangan lain, kata Asyraf ramai minta beliau ulas berita yang belum pasti kesahihannya mengenai pengakuan Presiden, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi berbicara dengan Datuk Seri Anwar Ibrahim dan surat yang tular pada bulan September untuk menyokong Anwar dan menolak Bajet.

“Hakikatnya, macam-macam cerita lagi cuba memburukkan institusi UMNO dengan mencipta pelbagai spekulasi dan persepsi.

“Walhal, persoalan paling asas buat mereka yang cuba bina persepsi bahawa Presiden UMNO bekerjasama dengan Anwar ialah “apakah ada sebarang keputusN hatta cadangan untuk bekerjasama pernah dibangkitkan di Perhimpunan Agung (PAU) ataupun Majlis Kerja Tertinggi (MKT), soal beliau.

Ujar Asyraf, tiada siapa boleh ubah pendirian PAU dan MKT yang telah memutuskan tidak akan bersetuju untuk menyokong Anwar sebagai Perdana Menteri hatta Presiden parti.

“Malah jika benarpun surat yang ditular atau audio perbualan dengan Anwar, apakah ia telah merubah pendirian UMNO yang hanya boleh diputuskan oleh Perwakilan di PAU atau MKT?

“Yang pasti Mesyuarat MKT pada bulan Oktober telah memutuskan pada waktu itu bahawa seluruh Ahli Parlimen UMNO diminta sokong Bajet. Sekali lagi apakah Presiden selaku Ahli Parlimen pada waktu itu menolak Bajet dan ingkar keputusan MKT sebagaimana tular surat yang mahu tolak bajet dan sokong Anwar?

“UMNO bukan milik individu. Pendirian UMNO juga bukan ditentukan oleh individu. Pengasas UMNO Dato Onn sendiripun pernah keluar parti kerana tidak dapat membawa cadangannya untuk membuka keahlian UMNO kepada bukan Melayu yang tidak dipersetujui MKT,” jelas Asyraf di Facebooknya pada Rabu.

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat