Data Dalam Arkib MySejahtera Dipadam Selepas 90 Hari

- Advertisement -

KUALA LUMPUR – Orang ramai tidak perlu gusar berkaitan data peribadi mereka di dalam aplikasi MySejahtera yang hanya digunakan untuk pengurusan pandemik COVID-19.

Pemangku Ketua Pegawai Eksekutif MYSJ Sdn Bhd, Aiza Azreen Ahmad menjelaskan data terbabit akan diarkibkan dalam tempoh 30 hari sebelum dipadam selepas 90 hari.

“Data yang kita ada ini disimpan secara pelayan awan, tapi semuanya ada di Malaysia, tidak pernah keluar ke mana-mana.

“Data itu juga, selepas 30 hari kita arkibkan. Tiada siapa yang boleh akses ke data ini untuk lihat atau digunakan. Selepas 90 hari kita akan padam data. Pemadaman dibuat pada waktu tengah malam secara automasi tanpa campur tangan manusia.

“Buat masa ini, apa sahaja yang kita bina dalam aplikasi MySejahtera untuk kerajaan adalah untuk pengurusan pandemik. Data rakyat Malaysia dalam MySejahtera adalah data kerajaan,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika menjadi panel jemputan program Malaysia Hari Ini bagi topik Masih Perlukan MySejahtera? di sini hari ini.

Aiza berkata, pihaknya mendengar keluh-kesah serta kegusaran orang ramai yang bimbang keselamatan data peribadi mereka di dalam MySejahtera.

“Penjelasan terperinci juga sudah diberikan Menteri Kesihatan, Khairy Jamaluddin berhubung aplikasi ini. Malah saya juga pengguna MySejahtera dan data saya juga ada didalamnya,” katanya.

Tambah beliau, sehingga kini aplikasi MySejahtera mempunyai 47 juta pengguna berdaftar dengan 29 juta adalah pengguna aktif.

MySejahtera adalah aplikasi dilancarkan kerajaan pada April 2020 bertujuan memantau dan mengawasi penularan COVID-19 dalam kalangan penduduk.

Aplikasi ini membolehkan Kementerian Kesihatan (KKM) mengawal dan mengambil tindakan cepat bagi mengawal penularan COVID-19 melalui fungsi disediakan dalam aplikasi ini. – BH

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat