Sultan Johor Titah Hentikan Aktiviti Menyelam Di Perairan Mersing

- Advertisement -

JOHOR BAHRU – Sultan Johor, Sultan Ibrahim Sultan Iskandar bertitah kesemua aktiviti menyelam di perairan Mersing dihentikan sementara waktu.

Menerusi muat naik di laman Facebook Sultan Ibrahim Sultan Iskandar pada Khamis, baginda bertitah, perkara itu berikutan empat penyelam hilang di sekitar Pulau Tokong Sanggul berhampiran Pulau Sibu pada Rabu.

“Saya mahu kesemua aktiviti menyelam dihentikan sementara sehingga kita dapat kenal pasti apa sebenarnya yang berlaku pada mereka. Aktiviti menyelam tidak boleh diteruskan jika tahap keselamatan diragui.

“Peraturan-peraturan aktiviti menyelam oleh pihak berkuasa juga mesti dikaji semula secara menyeluruh sebelum ia boleh dibenarkan beroperasi semula,” titah baginda.

Titah Sultan Ibrahim, peraturan yang telah dikaji semula juga perlu diumumkan bagi mengembalikan keyakinan orang ramai serta pelancong. – Sinar

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat