Video: Kalau Jadi Menteri, Saya Guna Segala Kuasa Yang Ada Kata UAI

- Advertisement -

Kuala Lumpur – Penceramah bebas, Ustaz Azhar Idrus (UAI) berkata dirinya akan mengunakan segala kuasa yang ada sekiranya dilantik sebagai Menteri Agama di negara ini.

Beliau berkata demikian ketika menjawab persoalan yang dilontarkan oleh Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Datuk Seri Dr Zulkifli Mohamad Al-Bakri.

“Kalau saya (dilantik sebagai) menteri agama, saya akan guna segala kuasa yang ada supaya agama Allah itu naik (dipandang tinggi dan dimuliakan).

“(Kerana) bila agama Allah itu naik, orang kafir (bukan Islam) juga akan turut dapat tumpang nikmat sebab Islam itu adil. Bilamana adil itu duduk diatas semua makhluk termasuk binatang akan turut menerima rahmat,” katanya melalui satu klip rakaman perbualan antara beliau bersama Zulkifli.

Rakaman perbualan tersebut dimuatnaik oleh Zulkifli yang juga merupakan bekas Mufti Wilayah Persekutuan di laman Facebooknya.

UAI turut berkata, kegagalan Zulkifli mengunakan kuasa tersebut akan menyebabkan beliau disial dihadapan Allah ketika di Padang Masyar kelak.

“Bila kita menteri agama kita berkuasa, ambil peluang gunakan kuasa itu untuk meninggikan dan muliakan agama Islam.

“Tak kiralah jadi (menteri) 3 atau 5 tahun tapi aku sempat buat benda ini dan aku dapat jawab ketika akhirat di hadapan Allah nanti walaupun (mungkin) tak boleh buat semua tapi jangan (sampai) tinggalkan semua.

“Saya yakin Datuk walaupun baru sebulan setengah (dilantik sebagai menteri) malah ketika negara di landa Covid-19 kita boleh nampak banyak pembaharuan (telah dilakukan).

“(Insyallah) Dengan bantuan daripada Allah, kita akan lihat Datuk bersama semua kakitangan untuk menaikkan Islam di negara ini, jadi gunakanlah kuasa Datuk.

“Saya tak ada kuasa (pandangan tadi) kalau saya dilantik tapi Datuk memang sudah menjadi Menteri Agama jadi Allah akan tanya di akhirat nant,” ujarnya memetik kenyataan di klip video tersebut. – SuaraTV

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat