Mahathir Lantik Guan Eng Tanpa Lihat Kelayakan, DAP Tetap Dengan Cara DAP – Razlan Rafii

- Advertisement -

CYBERJAYA – Bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad didakwa melantik Setiausaha Agung DAP, Lim Guan Eng sebagai Menteri Kewangan semasa Pakatan Harapan (PH) memerintah sebelum ini, tanpa mengambil kira kelayakan dan pengalaman yang sewajarnya.

Ahli Majlis Tertinggi UMNO, Datuk Mohd Razlan Rafii berkata, kesan dari tindakan itu menyebabkan dasar pentadbiran Kementerian Kewangan diubah mengikut cara DAP, manakala bantuan kebajikan termasuk subsidi untuk rakyat dikurangkan atau disekat.

“Kita melihat bagaimana BN telah kalah didalam PRU 14 yang lalu, mereka (PH) meraikan kemenangan dengan penuh semangat, tersenyum indah seumpama revolusi yang sekian lama mereka perjuangkan sudah mencapai kejayaan.

“Demi untuk menunjukkan keikhlasan dan revolusi kepimpinan Kerajaan, Tun Dr Mahathir telah melantik Lim Guan Eng sebagai Menteri Kewangan. Lantikan Politik tanpa melihat kelayakkan dan pengalaman, LGE penuh gigih dengan usaha untuk mentakbir Kementerian Kewangan dengan cara dan budaya DAP.

“Sebaik sahaja LGE mentakbir Kementerian Kewangan, PH telah menghapuskan GST, walaupun hari ini ramai yang mengakui bahawa GST merupakan satu sistem cukai yang terbaik di Dunia, namun sentimen kebencian kepada GST yang selama ini di tabur kepada rakyat oleh PH, mereka terpaksa melakukan.

“Saban hari rakyat telah di tekan dengan pelbagai polisi dan dasar kementerian. Kementerian Kewangan menuduh duit GST hilang dan terus memainkan propaganda menunding jari, budaya menunding jari ini dimainkan walaupun PH telah memerintah melebihi setahun.

“Banyak subsidi yang di amalkan semasa pemerintahan BN telah di sekat.

“Petani, Nelayan dan Pekebun antara mereka yang terkesan teruk dalam penstrukturan dasar subsidi negara, bukan itu sahaja, malah biasisiwa yang selama ini diberikan oleh Kerajaan telah di hapuskan berperingkat,” katanya Razlan Rafii, dipetik dari tulisannya di Facebook.

Ahli Majlis Tertinggi UMNO Datuk Mohd Razlan Rafii

Menurut Razlan Rafii lagi, Tun Mahathir banyak memberi pertolongan kepada DAP bagi meredakan kemarahan Orang Melayu apabila jawatan Menteri Kewangan diberikan kepada Lim Guan Eng.

“Pernah Tun Dr Mahathir membuat pengakuan dan berkempen untuk DAP dengan menyatakan DAP adalah sebuah Parti Multi Racial, DAP bukan seperti yang digambarkan oleh UMNO (sedangkan 22 tahun beliau menanam DAP adalah perti Komunis),” ujarnya.

Mengulas lebih lanjut, Razlan Rafii berkata ramai pemimpin Melayu dalam kerajaan PH dahulu terpengaruh dengan cara DAP dan menjadi malu untuk berjuang mempertahankan hak orang Melayu dan Bumiputera.

“Ramai pemimpin Melayu PH yang telah termakan dengan cara DAP, mereka merasa separuh hati apabila mahu perjuangan hak dan kepunyaan Orang Melayu dan Bumiputera.

“Sering kali subsidi dibincangkan di dalam Kabinet, DAP akan meletakkan kepentingan Bangsa Cina kehadapan dengan menggunakan ayat samarata, Menteri-menteri Melayu dan Bumiputera senyap dan rasa bersalah untuk memperjuangan hak Bangsa dek kerana terikut dengan samarata.

“Bantuan Sekolah Cina diberikan bantuan secara meluas, walaupun ramai tahu bahawa banyak sekolah kerajaan yang memerlukan penambahbaikan, malah banyak sekolah Cina yang sudah lengkap dengan Projektor, Lif dan macam-macam lagi, namun atas dasar Samarata yang DAP perjuangkan, Sekolah-sekolah ini terus mendapat bantuan, ini yang terjadi, duit berjuta-juta digunakan untuk sekolah yang sudah siap dan cantik malah sekolah-sekolah kerajaan yang lebih memerlukan dibiarkan usang. Inikah namanya samarata yang adil ?

“Semua ini dilakukan kerana DAP mempunyai cara pentadbiran sama rata, sama rata yang DAP perjuangkan adalah semua bangsa perlu mendapat sama rata, kalau melayu mendapat RM1 juta, Cina juga mesti mendapat RM1 Juta walaupun Melayu itu miskin, Cina itu kaya, DAP bukan mengira sama rata dari kemiskinan,” katanya.

Mengupas perbezaan antara cara DAP dengan BN, Razlan Rafii menjelaskan BN meletakkan keutamaan membantu golongan yang memerlukan terutama orang Melayu dan Bumiputera tanpa diskriminasi kaum lain yang memerlukan bantuan sama.

“Komposisi Bumiputera adalah 70% di dalam Malaysia, maka tidak hairan apabila melihat di mana-mana dasar yang dilaksanakan untuk membantu orang miskin atau golongan yang memerlukan bantuan, ramainya adalah orang-orang Bumiputera, ini bukan kerana selama ini kerajaan BN mendiskriminasi mana-mana bangsa, ianya lahir daripada komposisi kependudukan itu sendiri.

“Selama BN memerintah, semua bangsa mendapat hak mereka tanpa ada kasta, namun sentimen yang dimainkan oleh DAP telah berjaya mencipta Kaum Cina yang bersatu melawan BN.

“Sehingga hari ini, DAP tetap dengan cara DAP, sebuah parti yang memperjuangkan kehendak kaum cina dengan menggunakan kebangkitan semangat tanpa mahu mengira kemajuan kepada bangsa lain.

“Rakyat Malaysia perlu faham dan terbuka dengan hal ini. Tidak ada bangsa yang boleh ditinggalkan sekira Malaysia mahu menjadi sebuah Negara yang Berjaya. Kaum Cina tidak boleh berjaya tanpa membantu kaum Melayu turut berjaya. Kejayaan ini adalah milik semua manusia tanpa sempadan warna kulit,” jelasnya.

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat