Ahli MT UMNO Bidas Kebiadapan UMANY Terhadap Agong

- Advertisement -

KUALA LUMPUR: Ahli Majlis Tertinggi (MT) UMNO, Datuk Mohamad Razlan Mohd Rafii memohon agar Polis Diraja Malaysia (PDRM) mengambil tindakan sewajarnya terhadap University of Malaya Association of New Youth (UMANY) yang biadap kepada YDP Agong dan Institusi Raja-Raja.

Menurut Razlan, kebiadapan UMANY yang memperlekehkan YDP Agong dan Institusi Raja-Raja dengan menaikkan beberapa “posting” berunsur kebencian, penghinaan dan mempunyai ciri0ciri gerakan subvertif di laman facebook mereka adalah sangat keterlaluan.

Kata Razlan lagi, di dalam “posting” laman facebook mereka UMANY secara terbuka memberi sokongan terhadap “kempen 3 jari” yang sedang berlangsung di negara jiran Thailand terhadap Institusi diraja yang dipercayai adalah juga salah satu usaha dan perbuatan untuk menghasut dan cubaan mengerakkan subvertif kepada rakyat Malaysia.

“Saya percaya dengan gerakan yang dirancang oleh UMANY ini adalah satu gerakan yang didalangi oleh pihak yang mempunyai kepentingan,

“Mereka berusaha untuk mencemarkan kedaulatan Institusi Diraja rentetan penolakan pengisytiharan darurat oleh YDP Agong yang dibentang kepada kerajaan baru-baru ini,” tegas beliau selepas membuat laporan polis terhadap UMANY di IPD Pantai, Pantai Dalam, sebentar tadi.

Dalam pada itu, beliau percaya jika gerakan ini tidak dibendung dari awal akan mendatangkan kemudaratan yang lebih parah. Gerakan ini sangat bahaya kerana membabitkan mahasiswa yang berpaksikan kepada kebebasan bersuara yang berfahaman radikal dan “anti establisment”

Tegasnya lagi, gerakan boleh merosak dan meruntuhkan keharmonian negara, perpaduan rakyat dan kerukunan Perlembangaan Negara Malaysia yang dipayungi oleh peranan dan fungsi Institusi Diraja.

“Harap PDRM, pentadbir Universiti Malaya dan Kementerian Pengajian Tinggi memandang serius dan mengambil tindakan sewajarnya,

“Wajib pandang serius dan diambil tindakan kerana kebiadapan UMANY melibatkan kesucian dan kedaulatan Institusi Raja-Raja Melayu di dalam negara kita tidak tercemar dan dipersendakan,” katanya. -SuaraTV

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat