Kenapa lengah ambil tindakan terhadap ‘penyakau’ Tabung Haji? – Pas syak Kerajaan Madani ada agenda disorok, tunggu saja kejatuhan PRU16 nanti

KUALA LUMPUR – Ketua Penerangan Pas Ahmad Fadhli Shaari mempertikai kelewatan Kerajaan Madani mengambil tindakan terhadap ‘penyakau’ Tabung Haji.

Ahli Parlimen Pasir Mas itu mempersoalkan, kenapa kerajaan tidak mengambil tindakan sejurus memperoleh dapatan Siasatan Suruhanjaya Diraja (RCI) membabitkan Tabung Haji.

“Masalahnya sekarang kenapa baru dibuat pendedahan dan diambil tindakan terhadap ‘penyakau’ itu hari ini? Kenapa tidak diambil tindakan sejurus kerajaan memperolehi dapatan RCI ini?

“Kononnya jika diambil tindakan pelabur akan hilang keyakinan. Walhal tidak mengambil tindakan segera itulah menghilangkan keyakinan pelabur.

“Jika kes sebesar ini boleh dilengahkan tindakannya, entah berapa kes lagi yang disorok di bawah karpet oleh kerajaan madani hari ini kita tidak tahu. Itulah yang menyebabkan pelabur hilang keyakinan.

“Alih-alih sekarang anda mahu jadi juara. Kita sokong tindakan, tetapi kita juga tahu ia ada agenda.

“Ambillah tindakan, tetapi rakyat sudah hilang kepercayaan kepada kamu. Tunggu sahaja kejatuhan kerajaan madani di dalam pilihan raya umum nanti,” selar Fadhli.

Beliau berkata demikian mengulas kenyataan bekas Menteri Agama merangkap Timbalan Presiden Amanah Datuk Seri Mujahid Yusof Rawa yang sebelum itu berkata, pihak yang didakwa “sakau” wang Tabung Haji itu sebenarnya sudah dinyatakan jelas dalam laporan RCI berkaitan.

“Ya Allah, engkau tipu duit umat Islam, itu kau tak kata sakau. Engkau tipu akaun umat Islam itu kau tak kata sakau.

“Dan jangan lupa, dalam RCI juga ada disebut dan digesa antara rekomendasinya untuk mengambil tindakan kepada siapa?

“Kepada kes-kes yang telah dilaporkan di dalam Tabung Haji. Yang itulah sakau kerana tidak ada pemantauan.

“Tidak ada satu tanggungjawab dalam mana masing-masing nak cari habuan dia,” katanya menurut Malaysiakini.

Sementara itu, Mujahid yang dikritik hebat sebelum ini susulan penjualan aset TH berkata, langkah dilaksanakan pada eranya diambil bagi menyelamatkan institusi umat Islam.

“Sampai hari ini yang mereka tak tahu cerita aset itu dijual bukan kerana seronok-seronok, aset itu dijual bukan suka-suka tapi aset itu dijual sebagai sebahagian daripada proses menyelamatkan Tabung Haji.

“Alhamdulillah diiktiraf sebagai pilihan yang terbaik untuk kita bertindak menyelamatkan Tabung Haji. Siapa kata? Bukan Mujahid kata, tetapi laporan RCI,” katanya.

author avatar
Janatul Firdaus Yaacob
-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat