MCMC maklum permintaan PMO untuk siasat kandungan media yang mendakwa Muhyiddin desak beri subsidi kepada warga asing

CYBERJAYA, — Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC) akan menyiasat kebenaran maklumat perbalahan antara Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim dan Ahli Parlimen Pagoh, Tan Sri Muhyiddin Yassin.

Dalam kenyataan petang ini MCMC menyatakan pihaknya mengambil maklum kenyataan media Pejabat Perdana Menteri (PMO) agar siasatan dijalankan berhubung satu dakwaan yang telah dinafikan Ahli Parlimen Pagoh.

Sehubungan itu, MCMC akan mengambil tindakan segera dan sewajarnya berlandaskan peruntukan undang-undang sedia ada.

Dalam kenyataan tersebut juga MCMC mengingatkan orang ramai untuk tidak menyalahgunakan platform media sosial untuk menyebarkan sebarang kandungan tidak sahih.

Semalam, ketika berucap di Dewan Rakyat, Anwar mendakwa Muhyiddin Yassin menyokong pemberian subsidi kepada warga asing.

“Yang Berhormat tak baca kenyataan ketua sendiri iaitu Ahli Parlimen Pagoh. Lain kali baca dulu sebelum datang Parlimen, jangan pakai hentam kromo sahaja.

“Baca kenyataan YB Pagoh yang mempersoalkan mengapa kerajaan bebankan orang asing sedangkan orang asing juga memberi sumbangan kepada negara,” katanya ketika sesi Pertanyaan-Pertanyaan Menteri di Dewan Rakyat, pada pagi Selasa.

Bagaimanapun pada sebelah petang Muhyiddin tampil menafikan dakwaan Anwar dan menuntut Ahli Parlimen Tambun tersebut mengemukakan bukti.

“Saya sebenarnya tidak pernah cakap begitu. Saya mempertikaikan dengan sekeras-kerasnya kenyataan itu sebagai satu kenyataan berfitnah atau pembohongan.

“Apatah lagi yang memberikan penjelasan itu ialah Perdana Menteri (Datuk Seri Anwar Ibrahim) di dalam Parlimen,” katanya menerusi satu rakaman video yang dimuat naik di laman sosial pada Selasa petang.

“Muhyiddin mempersoalkan sumber yang dirujuk Anwar ketika membuat kenyataan tersebut di Dewan Rakyat.

“Apabila ada kenyataan dikeluarkan oleh Perdana Menteri dan dia kata dia baca, saya nak tahu dia baca di mana? Buku apa? Video apa? Atau sidang media mana yang saya telah buat? Yang pastinya tidak ada,” cabar Muhyiddin.

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat