Wujud segera badan pengawal selia khusus industri vape di Malaysia

KUALA LUMPUR — Nanostix Innovations Sdn Bhd menggesa kerajaan mempercepatkan penubuhan sebuah badan pengawal selia khusus bagi industri produk rokok elektronik (vape) di Malaysia.

Pengarah Nanostix Innovations Sdn Bhd, Shahabudeen Jalil berkata pihaknya juga berharap agar kerajaan memberi keutamaan kepada penguatkuasaan yang lebih berkesan terhadap vape haram dan tiruan.

“Nanostix berpendirian bahawa isu berkaitan rokok elektronik harus ditangani melalui pendekatan yang menyeluruh, diplomatik dan berasaskan data saintifik.

“Kami ingin menegaskan bahawa masalah utama yang wajar diberi tumpuan adalah lambakan produk vape haram dan tiruan di pasaran.

“Produk-produk ini tidak mematuhi piawaian keselamatan, tidak dikenakan cukai, serta membawa risiko kesihatan yang lebih tinggi kepada pengguna selain menyebabkan kehilangan hasil negara,” katanya dalam satu kenyataan.

Walaubagaimanapun pihaknya menyambut baik kenyataan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim semasa pembentangan Rancangan Malaysia Ke-13 (RMK13) yang menyatakan hasrat kerajaan untuk memperluaskan pelaksanaan Cukai Pro Kesihatan ke atas produk rokok elektronik (vape).

Namun jelasnya, kenyataan Perdana Menteri itu dilihat bercanggah dengan kenyataan Menteri Kesihatan, Datuk Seri Dr Dzulkefly Ahmad, yang sebelum ini menyatakan bahawa kerajaan sedang mempertimbangkan untuk mengharamkan penggunaan vape
secara mutlak.

“Kami menyokong penuh sebarang inisiatif kawalan yang bukan sahaja melindungi kesihatan awam, tetapi juga memelihara kelangsungan industri tempatan yang sah dan bertanggungjawab.

“Kekeliruan turut bertambah apabila terdapat perbezaan pendekatan antara kerajaan Persekutuan dan beberapa kerajaan negeri, yang telah pun mengambil langkah untuk mengharamkan penjualan vape.

“Ketidaksepadanan dasar ini menimbulkan kekeliruan yang ketara dalam kalangan pengusaha industri, selain membingungkan pengguna.

“Dasar yang tidak menentu ini hanya memburukkan keadaan industri,
menyukarkan pelaburan dan merencatkan perancangan jangka panjang,” katanya.

Justeru itu katanya, larangan menyeluruh bukan saja mengancam kelangsungan ribuan usahawan serta syarikat tempatan yang
beroperasi secara sah dan bertanggungjawab tetapi ia hanya akan membuka laluan kepada pasaran gelap yang lebih meluas.

“Sebagai pemain industri yang komited kepada amalan beretika dan pematuhan piawaian, Nanostix bersedia untuk bekerjasama rapat dengan pihak berkuasa dalam memastikan keselamatan dan kualiti produk terpelihara.

“Kami percaya ia merupakan pendekatan kawalan yang lebih wajar, inklusif dan progresif berbanding larangan menyeluruh,” katanya.

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat