Media Bahasa Cina Mula Beralih Arah Sokong PN Kata Guan Eng

Perak Mungkin Dapat Menteri Besar Baharu – Sumber UMNO

IPOH - Perak mungkin bakal menyaksikan pertukaran Menteri Besar dalam tempoh terdekat jika hubungan kurang baik Datuk Seri Ahmad Faizal Azumu dengan Pengerusi UMNO...

Malaysia Kecam Ucapan Hina Islam Dan Penerbitan Karikatur Lakaran Nabi Muhammad SAW

CYBERJAYA: Malaysia mengecam sekeras-kerasnya tindakan retorik dan provokatif yang memfitnah agama Islam sebagaimana yang dapat disaksikan dunia baru-baru ini menerusi ucapan populis serta penerbitan...

KKM Jangka 4 Minggu Lagi Ratakan Lengkungan Jangkitan Covid-19

PUTRAJAYA - Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) menyasarkan lengkungan pandemik Covid-19 dapat diratakan dalam tempoh empat minggu akan datang. Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor...

PKR Gagal Serah Writ Saman RM10 Juta Kepada Zuraida – Peguam

KUALA LUMPUR - Parti Keadilan Rakyat (PKR) masih belum dapat menyerahkan writ saman RM10 juta kepada bekas Naib Presidennya, Zuraida Kamaruddin yang didakwa melanggar...

Kerajaan Tiada Kuasa Batal PRK Batu Sapi, SOP Lebih Ketat Dibincang

PUTRAJAYA - Pilihan Raya Kecil (PRK) Batu Sapi yang akan diadakan pada 5 Disember ini akan tetap diteruskan biarpun kes positif Covid-19 terus meningkat...

Cyberjaya – Setiausaha Agung DAP Lim Guan Eng mendakwa, media arus perdana utama berbahasa Cina kini beralih arah dengan memberi lebih banyak ruang kepada Perikatan Nasional berbanding pembangkang.

Menurut Guan Eng, sejak Perikatan Nasional mengambil alih pentabiran kerajaan beberapa orang wartawan kanan media arus perdana utama berbahasa Cina kini memainkan peranan yang aktif dalam mendukung dasar-dasar Perikatan Nasional.

“Sebelum pertukaran Kerajaan Persekutuan, media arus perdana bahasa Cina utama akan memberikan ruang liputan yang lebih besar kepada parti-parti pembangkang berbanding kerajaan PH.

“Namun, selepas kerajaan PN mengambil alih, keadaan menjadi terbalik. Malah, beberapa orang wartawan kanan mereka memainkan peranan yang aktif mendukung dasar-dasar PN,” kata Guan Eng.

Ahli Parlimen Bagan itu mendakwa, perubahan ‘sikap’ media arus perdana utama bahasa Cina adalah kesan tindakan kerajaan terhadap media ketika ini termasuk tindakan ke atas Al Jazeera, Astro dan Unifi TV.

Guan Eng mendakwa tindakan ke atas ketiga-tiga agensi media itu mempunyai kesan yang buruk terhadap prinsip kebebasan akhbar dan maklumat serta ke atas profesionalisme pengamal media.

“Ini kerana, demi mengelak daripada tindakan perundangan di masa depan, pengamal media akan terpaksa mengamalkan tapisan kendiri.

“Keadaan ini sudah terbukti bukan setakat dalam media arus perdana bahasa Inggeris dan bahasa Melayu, malah dalam media bahasa Cina,” kata Guan Eng.

Dua hari lalu polis melakukan pemeriksaan mengejut ke atas pejabat stesen penyiaran antarabangsa Al Jazeera.

Selain Al Jazeera, pemeriksaan turut dijalankan terhadap Astro dan Unifi TV yang turut memaparkan dokumentari berjudul ‘Locked Up in Malaysia’s Lockdown’.

Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Bukit Aman, Datuk Huzir Mohamed berkata, pemeriksaan dijalankan selepas pihaknya menerima waran untuk melakukan penggeledahan dari Jabatan Peguam Negara.

Siasatan dijalankan mengikut Seksyen 4(1) Akta Hasutan 1948 kerana menghasut, Seksyen 500 Kanun Keseksaan kerana menyiarkan berita fitnah dan Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia 1998 kerana menyalahgunakan rangkaian perkhidmatan secara tidak wajar.

Al Jazeera sebelum ini menyiarkan dokumentari berdurasi 25 minit 50 saat yang mengecam layanan terhadap pendatang tanpa izin ketika Malaysia melaksanakan langkah menangani Covid-19.

Guan Eng mendakwa, tindakan terhadap Al Jazeera, Astro dan Unifi TV menunjukkan bahawa PN tidak mempedulikan prinsip kebebasan akhbar dan maklumat.

“Mereka lebih berminat untuk membungkam suara alternatif bagi memaksa pematuhan dan mewujudkan iklim autoritarian yang tidak boleh menerima sebarang kritikan, waima pandangan yang bernas.

“Demi kepentingan awam, kerajaan perlu menghentikan tindakan sedemikian serta merta jika PN betul-betul komited untuk mendukung demokrasi, akauntabiliti dan ketelusan,” kata Guan Eng.

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

Topik Hangat

Muhyiddin Pertimbang Letak Jawatan?

CYBERJAYA: Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin, dilaporkan memanggil menteri kabinet ke rumahnya malam ini bagi membincangkan keputusan Yang Di-Pertuan Agong menolak cadangan kabinet...

Mesyuarat Kabinet Cadang Bubar, Gantung Parlimen?

CYBERJAYA— Mesyuarat Khas Kabinet yang berakhir sebentar tadi dikatakan akan mencadangkan pembubaran Dewan Rakyat dan 'Darurat Politik' kepada Yang Di Pertuan Agong bagi mengatasi...

Darurat Politik: Agong Belum Perkenan, Suruh PM Balik Dulu

CYBERJAYA -  Yang Di Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah belum memberi sebarang perkenan atas apa-apa cadangan Mesyuarat Khas Kabinet pagi tadi termasuk...

Berita Berkaitan

Perak Mungkin Dapat Menteri Besar Baharu – Sumber UMNO

IPOH - Perak mungkin bakal menyaksikan pertukaran Menteri Besar dalam tempoh terdekat jika hubungan kurang baik Datuk Seri Ahmad Faizal Azumu dengan Pengerusi UMNO...

PKR Gagal Serah Writ Saman RM10 Juta Kepada Zuraida – Peguam

KUALA LUMPUR - Parti Keadilan Rakyat (PKR) masih belum dapat menyerahkan writ saman RM10 juta kepada bekas Naib Presidennya, Zuraida Kamaruddin yang didakwa melanggar...

Noh Omar, Nazri Aziz Nafi Laporan Serang Najib Ketika Mesyuarat MP UMNO

KUALA LUMPUR – Ahli Parlimen Tanjong Karang melahirkan rasa terkejut apabila dirinya dikaitkan dengan individu yang dilaporkan menyerang bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib...