Nazri Aziz Saran Orang Muda Ganti Tempat Beliau

- Advertisement -

KUALA LUMPUR: Generasi muda dalam UMNO perlu diberi peluang untuk bertanding dalam pilihan raya umum akan datang, kata Ahli Parlimen Padang Rengas, Datuk Seri Mohamed Nazri Abdul Aziz.

Nazri berkata beliau bersedia menyerahkan kerusi parlimennya sekiranya UMNO mahu meletakkan calon yang lebih muda di parlimen Padang Rengas pada pilihanraya umum akan datang.

Bekas Menteri Undang-Undang itu berkata, UMNO Padang Rengas mempunyai ramai calon yang layak untuk menggantikan beliau sebagai ahli parlimen.

“Saya bermula waktu saya masih muda jadi tidak ada masalah untuk saya serahkan kepada orang muda.

“Saya menjadi wakil rakyat sudah melangkaui satu generasi jadi perlu beri peluang kepada orang muda.

“Saya tidak mahu hidup menongkat langit, cukuplah,” katanya dalam satu sesi bersama media hari ini.

Nazri berkata demikian ketika ditanya pandangan sesetengah pihak yang mahu UMNO meletakkan lebih ramai calon muda dalam PRU15.

Ditanya adakah beliau akan menamakan anaknya untuk menjadi calon ahli parlimen Padang Rengas, Nazri menjelaskan tidak akan berbuat demikian.

“Saya tidak percaya kepada mewariskan kepimpinan kepada ahli keluarga.

“Tetapi jika anak seorang pemimpin itu bagus, dia harus diberi peluang,” katanya lagi.

Nazri mula menjadi ahli parlimen Padang Rengas sejak 1995 dan menjadi menteri selama 19 tahun.

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat