Selangor mungkin tumbang kepada PN – tinjauan institusi Singapura

- Advertisement -

KUALA LUMPUR – Tidak berlaku pemindahan undi secara penuh (full vote transferability) antara Pakatan Harapan (PH) dan Barisan Nasional (BN) dalam kalangan pengundi Melayu.

Situasi ini bermakna, pengundi Melayu BN tidak semestinya mengundi calon PH dan pengundi Melayu PH juga tidak semestinya mengundi calon BN dalam pilihan raya negeri (PRN) yang bakal berlangsung.

Sebaliknya, dalam kalangan pengundi Melayu BN, 39 peratus telah menyatakan akan mengundi PN dan hanya 15 peratus akan mengundi PH.

Dapatan kajian ini mendapati, tujuh daripada 10 pengundi Melayu BN yang telah membuat keputusan mengenai pemilihan parti dalam PRN nanti memilih untuk mengundi calon PN.

Manakala baki 49 peratus pengundi Melayu BN masih belum pasti tentang parti yang akan diundi kelak.

Data ini terkandung dalam laporan tinjauan terbaru yang diterbitkan oleh ISEAS Perspective, jurnal dari Institut Kajian Asia Tenggara yang berpangkalan di Singapura yang ditulis Marzuki Mohamad, seorang penganalisis politik di Universiti Islam Antarabangsa (UIA) dan Khairul Syakirin Zulkifli, penyelidik sosio ekonomi di badan pemikir Institut Masa Depan Malaysia.

Namun, penelitian yang lebih mendalam mendapati sebahagian besar daripada mereka ini lebih cenderung untuk menyokong PN berbanding PH.

Berdasarkan trend ini, kami menjangkakan bahawa akan berlaku pertarungan sengit dalam PRN Selangor dengan kelebihan memihak kepada PN terutamanya di kerusi-kerusi majoriti Melayu.

Terdapat 56 kerusi Dewan Undangan Negeri di Selangor. Sebanyak 39 adalah kerusi majoriti Melayu dan 17 adalah kerusi majoriti bukan Melayu. Majoriti mudah untuk membentuk kerajaan negeri ialah 29 kerusi.

Kebolehpindahan undi dilihat sebagai kunci untuk memastikan kejayaan pakatan PH-BN, di mana penyokong setiap gabungan mesti membalasnya untuk menafikan kemenangan kepada PN.

“Jika terdapat ‘full vote transferability’, kedua-dua parti akan menikmati keuntungan besar dalam pilihan raya. Tetapi jika tiada pemindahan undi, tidak banyak yang diperoleh parti daripada kerjasama itu,” tambah mereka.

Tinjauan itu melibatkan 1,200 pengundi dalam temu bual bersemuka yang dijalankan antara 1 Mac dan 20 April tahun ini.

Orang Melayu membentuk kira-kira 54 peratus daripada penduduk Selangor, diikuti Cina (32 peratus), India (13 peratus) dan kaum lain 1 peratus.

Komposisi etnik bagi kajian itu ialah 69 peratus Melayu, 18 peratus Cina dan 12 peratus India, mencerminkan demografi pengundi di 39 kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) majoriti pengundi Melayu yang menjadi tumpuan tinjauan.

Sebanyak 24 peratus daripada sampel adalah dari kawasan luar bandar Selangor, 35 peratus bandar dan 41 peratus separa bandar.

Kumpulan umur mereka juga mencerminkan konfigurasi pengundi semasa, dengan 46 peratus daripada mereka berumur antara 21-35 tahun.

Selangor adalah negeri terkaya di Malaysia, dan oleh kerana itu ia dilihat sebagai pusat pilihan raya, yang akan menyaksikan pengundi di Negeri Sembilan, Pulau Pinang, Kedah, Kelantan dan Terengganu keluar menunaikan tanggungjawab mengundi pada 12 Ogos ini bagi memilih kerajaan negeri.

Dengan 56 kerusi untuk direbut, sebuah parti mesti menang sekurang-kurangnya 29 kerusi majoriti mudah untuk membentuk kerajaan.

Marzuki dan Khairul berkata meskipun negeri itu mungkin mengalami “angin perubahan” selepas satu setengah dekad di bawah PH, ia masih bergantung kepada kekuatan PN untuk menukar keadaan bagi manfaat mereka.

Mereka berkata fakta bahawa sebahagian besar responden yang “tidak pasti” atau tidak menunjukkan siapa yang akan mereka undi – kira-kira 46% – tidak mengejutkan dalam trend pilihan raya Malaysia.

“Adalah satu peraturan tidak bertulis bagi pemilih Malaysia untuk memperuntukkan kepada parti pembangkang peratusan yang lebih besar daripada mereka dalam kategori ‘pengundi tidak pasti’ atas beberapa sebab.

“Pertama, pengundi ini mungkin sudah membuat keputusan mengenai parti pilihan mereka tetapi enggan mendedahkannya kerana takut akan kesannya, terutamanya jika mereka menyokong parti politik pembangkang.

“Kedua, kerana pengundi ini mengundi BN pada PRU15 lalu, menjadi ‘tidak pasti’ kali ini menunjukkan peralihan sokongan daripada parti atau sekutunya,” tambah mereka.

Sementara itu, tinjauan itu mendapati pengerusi PN dan bekas perdana menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin masih menjadi pemimpin negara paling digemari dengan sokongan 60 peratus, diikuti Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim sebanyak 43 peratus.

Jika terdapat sebarang indikasi masalah yang bakal dihadapi Umno dalam pilihan raya akan datang, ia adalah penilaian rendah terhadap presiden parti itu Ahmad Zahid Hamidi sebanyak 17%.

Sementara itu, kira-kira 48 peratus responden “berpuas hati” dengan Menteri Besar Selangor Datuk Seri Amirudin Shari, manakala 37 peratus “tidak berpuas hati” dan 15 peratus lagi “tidak pasti”.

Mengulas lanjut mengenai kemungkinan penyokong Umno menyokong PH, Marzuki dan Khairul memetik tinjauan dibuat Merdeka Center sebelum pilihan raya umum tahun lalu, yang mendapati hanya 32 peratus pengundi Melayu bersetuju dengan senario di mana BN dan PH berkerjasama untuk membentuk kerajaan.

“Penolakan pengundi Melayu terhadap gabungan sebegini nampaknya konsisten dengan dapatan tinjauan sebelum PRN kami di Selangor, yang menunjukkan kebanyakan pengundi Melayu BN gigih dalam pilihan politik mereka dengan menunjukkan bahawa mereka tidak akan memindahkan undi kepada PH.

“Walaupun elit politik PH dan BN yang berpeluang mendapat keuntungan daripada gabungan itu yang nampaknya selesa dengan percaturan tersebut, namun rungutan dalam kalangan penyokong parti sudah dikesan lama sebelum kedua-dua bekas seteru politik itu memeterai kerjasama selepas pilihan raya,” kata mereka, sambil menambah kejayaan PN yang menewaskan PH di Padang Serai, Kedah, hanya beberapa hari selepas PRU15 mengesahkan sentimen pengundi.

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat