Jangan hantar jurucakap, cytro ‘bangang’ sertai forum live – pengasas Karangkraf

- Advertisement -

KUALA LUMPUR – Semua parti politik dinasihatkan memilih jurucakap, ejen jualan dan laskar siber yang bijak untuk dihantar menyertai forum secara langsung.

Pengasas Kumpulan Media Karangkraf, Datuk Hussamuddin Yaacub mengingatkan agar panel-panel yang mewakili parti politik yang menyertai forum yang disiarkan secara langsung berhujah dan bertindak lebih bijak.

Pesan saya kepada semua parti politik, pilihlah jurucakap atau marketing agents dan cytros yang bijak sikit.

“Juga jangan hantar yang ‘bangang’ untuk sertai forum live.

“Bila jem salahkan pentas,” bidas beliau di Facebook pada Khamis.

Difahamkan, Hussamuddin berkata demikian mengulas Pentas Wacana Sinar Siri 404 yang mencetuskan suasana panas bermula apabila Ahli Majlis Kerja Tertinggi (MKT) UMNO, Datuk Lokman Noor Adam cuba mempertikaikan hasil kajian dilakukan Sinar Harian melibatkan sokongan terhadap parti menjelang pilihan raya negeri (PRN).

Kata Lokman, kajian Sinar Harian hanya memberi gambaran 60 peratus pembaca akhbar itu adalah pro PN, ia bukan pendirian pengundi di enam negeri pada pilihan raya nanti.

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat