Penyokong Najib beri isyarat sokongan bersyarat dalam PRN

- Advertisement -

KUALA LUMPUR – Sekiranya Datuk Seri Najib Razak tidak dapat dibebaskan sebelum Pilihan Raya Negeri (PRN) sekurang-kurangnya beberapa kes ‘mengarut’ yang didakwa ke atas beliau boleh digugurkan.

Demikian cadangan penulis pro Najib, Lim Sian See yang mengulas kenyataan terbaru Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi yang meminta agar soal perundangan terhadap Najib ‘diasingkan’ dengan pilihan raya di enam negeri yang akan diadakan tidak lama lagi.

“No! Sebab apa mahu sokong Umno dan Kerajaan Perpaduan hari ini jika mereka teruskan kezaliman dan ketidakadilan pada Najib?

“Ini dah sebulan sejak Perhimpunan Agung Umno (PAU). Apa yang kita boleh nampak sejak itu? Sekiranya tidak sempat bebaskan Najib sebelum PRN, sekurang-kurangnya gugurkan beberapa kes mengarut Najib yang zalim dan langsung tidak masuk akal.

“Masih ada masa sebab jika pendakwaan nak gugurkan, ianya boleh dibuat dalam masa sehari sahaja. Barulah kami boleh nampak sedikit hasil nyata dan kelegaan bagi Najib,” catat Sian See di Facebooknya pada Khamis.

Beliau malah menyenaraikan kes yang disifatkan sebagai ‘mengarut’ yang sedang dihadapi bekas Perdana Menteri itu.

“Ingat bahawa selain kes SRC RM42 juta, Najib masih ada 8 kes mengarut yang dimulakan kerajaan Tun Dr Mahathir Mohamad/ Tan Sri Muhyiddin Yassin terhadapnya.

“Satu pun tak pernah digugurkan sehingga kini. Dia sudah ada di dalam (penjara) tanpa sebarang pendapatan. Kenapa perlu seksa dia berterusan dan paksa dia tangguh kos-kos guaman yang tinggi setiap bulan? soalnya lagi.

Terdahulu, Presiden Umno Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi meminta agar soal perundangan terhadap Najib ‘diasingkan’ dengan pilihan raya di enam negeri kerana menurut beliau tidak ada sebab untuk penyokong bekas perdana menteri itu untuk memboikot PRN pada 12 Ogos depan.

Zahid berkata, Najib melalui anaknya telah menyampaikan mesej supaya sokongan berikan kepada Kerajaan Perpaduan yang dipimpin Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Tambah beliau, tidak ada sebab untuk segelintik pihak berfikir bahawa tidak ada usaha dilakukan agar Najib mendapat keadilan sewajarnya.

“Kita mesti mengasingkan soal perundangan dengan PRN. Datuk Seri Najib sendiri melalui anakanda beliau menyebut sokongan mesti diberikan kepada kerajaan madani sekarang ini.

“Kalau Datuk Seri Najib sendiri meminta bukan sahaja penyokong beliau tetapi juga rakyat Malaysia supaya mendukung (kerajaan).

“Tidak ada sebab terdapat segelintir yang mempunyai pemikiran bahawa usaha-usaha tidak dilakukan untuk membela beliau bukan sahaja dari segi perundangan tetapi juga aspek-aspek sosial yang lain,” kata Zahid.

Beliau berkata demikian ketika ditanya cakap-cakap kononnya penyokong Najib akan memboikot pilihan raya di Kedah, Pulau Pinang, Negeri Sembilan, Selangor, Kelantan dan Terengganu.

Tindakan memboikot tersebut didakwa akan dilakukan selepas kerajaan dituduh tidak bersungguh-sungguh untuk memberi keadilan terhadap Najib.

Sebelum ini tular video anak Najib, Mohd Nizar menjawab dakwaan bahawa ayahnya marah terhadap Kerajaan Perpaduan dan menuntut supaya ahli Umno menyokong Perikatan Nasional.

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat