Tiada Caj Tambahan Moratorium, Zahid Ucap Syabas

- Advertisement -

KUALA LUMPUR: Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi, sebentar tadi mengucapkan syabas dan terima kasih kepada Menteri Kewangan, atas pengumuman bahawa bank-bank tidak akan mengenakan sebarang caj tambahan bagi bayaran ansuran sewa beli sepanjang tempoh moratorium.

Memetik kenyataan di akauan Facebooknya, Zahid berkata, “Syabas kepada Menteri Kewangan kerana membuat keputusan yang betul dan memihak rakyat terbanyak”.

“Tadi Menteri Kewangan telah mengeluarkan satu pekeliling baharu mangatakan bahawa tiada sebarang caj tambahan akan dikenakan ke atas moratorium bagi 6 bulan penangguhan bayaran ansuran perjanjian sewa beli”.

Kata Zahid lagi, “Tindakan ini akan memberi manfaat kepada ramai rakyat yang ada membuat pinjaman sewa beli di mana mereka bukan sahaja akan ada wang tambahan di tangan untuk membuat perbelanjaan sepanjang tempoh moratorium , malah mereka tidak akan ‘didenda’ dengan dikenakan caj tambahan kerana mengambil opsyen itu”.

Menurut Zahid dengan wang tambahan hasil dari moratorium ini, rakyat akan menggunakan lebihan wang ini bagi perbelanjaan kehidupan seharian dan akan kembali berkitar dalam ekonomi.

“Walaupun wang tersebut bukannya dari pihak kerajaan, tetapi impak dari pertambahan perbelanjaan yang berlaku dapat sedikit sebanyak merancakkan ekonomi domestik. Ia akan memanfaatkan ramai pihak”, tambah Zahid lagi.

Zahid antara pemimpin politik paling lantang mendesak bank-bank supaya tidak mengenakan caj tambahan keatas peminjam yang memilih opsyen moratorium.

– SuaraTV

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat