Pusat Tahanan Sementara Untuk Pesalah PKP?

- Advertisement -

KESESAKAN dalam penjara di negara ini bukan isu baru sekalipun jarang dibincangkan secara terbuka. Begitupun, dengan peningkatan pesalah yang melanggar Perintah Kawalan Pergerakan (PKP), isu ini kembali jadi bahan bual.

Apatah lagi selepas Ketua Hakim Negara semalam meminta para hakim mengambil kira keadaan di penjara dalam memutuskan kes berkaitan pelanggaran PKP.

Dengan lebih 4,000 tangkapan berkaitan PKP setakat ini, dari jumlah tersebut lebih 1500 kes telah dihadapkan ke Mahkamah, sudah tentu kebimbangan akan berlaku kesesakan di penjara ini, ada.

PKP pun belum tamat lagi.

Ini menimbulkan persoalan sama ada kerajaan perlu menyediakan pusat tahanan sementara untuk menempatkan pesalah PKP ini pula?

Kalau ya jawapannya, berapa banyak pusat-pusat seperti ini yang kita kena ada, selain isu seperti kos, logistik, tempat dan sebagainya.

Untuk menyekat penyebaran virus, kerajaan telah mewujudkan sekurang-kurangnya 152 pusat/stesen kuarantin di seluruh negara terutama bagi mereka yang baru pulang dari luar negara.

Beberapa pusat gelandangan juga telah diwujudkan di Kuala Lumpur dan Johor untuk tujuan hampir sama.

Mencari semua pusat-pusat ini pun sudah merupakan cabaran besar, dah satu hal pulak nak cari tempat untuk tempatkan pesalah PKP kalau penjara dah lebih kapasiti.

Apatah lagi penempatan untuk pesalah undang-undang tidak sama seperti mereka yang dikuarantin, gelandangan dan lain-lain, sekalipun dari satu aspek ia berkongsi peranan yang sama – pengasingan.

Ini sudah tentu merupakan cabaran besar untuk kerajaan bagi mengatasi semua masalah ini, dalam masa yang sama perlu cari jalan untuk sekat rangkaian jangkitan. Kita boleh faham dilemanya itu.

Sebab itu rakyat perlu main peranan penting dengan mengelak dari melanggar PKP ini supaya tidak perlu pelbagai pusat untuk menempatkan pesalah PKP terpaksa diwujudkan kerajaan – kalau ia terpaksa dilakukan untuk mengelak masalah kesesakan di penjara.

Sebab itu rasanya, kalau pihak berkuasa perlu guna kekerasan minima untuk mendisiplinkan mereka yang melanggar PKP ini, lakukan saja.

Hanya mereka yang menggunakan kekerasan atau menghalang tugas pihak berkuasa itu sahaja yang dikenakan tindakan lebih tegas.

– sumber gambar FMT

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat