COVID-19: Keluarga ‘Tiktok’ Sudah Sembuh

- Advertisement -

KUALA LUMPUR: Keluarga Pakar dan Ketua Jabatan Kecemasan dan Trauma, Hospital Teluk Intan, Perak, Dr Samsu Ambia Ismail yang sebelum ini positif COVID-19, kini disahkan sudah sembuh.

Berita gembira itu dikongsikan anak sulung keluarga itu, Erika Syamim Samsu Ambia, 17, di laman Twitter malam tadi.

Dalam satu kiriman, beliau berkongsi sekeping foto mereka sekeluarga dengan kapsyen, “Finally COVID free!!”.

Sebelum itu, beliau memuat naik video TikTok yang menyaksikan mereka sekeluarga menukar pakaian hospital kepada pakaian biasa.

“Okay so kitorang sekeluarga dah discharged! Thank you so much for all the kind prayers. Here’s probably our last TikTok together dekat hospital,” tulisnya.

Erika
@errikaaaaaaaa
Okay so kitorg sekeluarga dah discharge!!! Thank you so mucchhh for all the kind prayers ♥️♥️ heres probably our last tiktok together dkt hospital

Embedded video
22.3K
9:18 PM – Apr 5, 2020
Twitter Ads info and privacy
9,401 people are talking about this
Perkongsian gadis itu dihujani rasa gembira dan syukur netizen yang mendoakan mereka sekeluarga diberi kesihatan baik berpanjangan.

Sementara itu, dalam perbualan dengan Bernama di Twitter, Erika Syamim, berkata mereka disahkan sembuh selepas menjalani tiga ujian dan kini perlu menjalani kuarantin di rumah selama 14 hari.

“We have to (adhere) to strict quarantine. Food and raw materials will be sent to us by authorities,” katanya. (Kami perlu mematuhi kuarantin yang ketat. Pihak berkuasa akan menghantar makanan dan bahan asas kepada kami).

Erika Syamim dan empat adiknya yang berusia antara 8 dan 15 tahun sebelum ini menjadi perbualan di media sosial selepas beliau berkongsi video TikTok mereka yang sedang dikuarantin di hospital.

Erika
@errikaaaaaaaa
even though kitorg positive covid , kitorg as a family will go through this together ☝️☝️ plus health condition kitorg okay je ,, here’s a tiktok we made to entertain ourselves kt hosp tu haha https://twitter.com/iloveyouIPOH/status/1243482120766418945 …

Embedded video
PERAK POWER
@iloveyouIPOH
Tahukah kome. Marila sama sama mendoakan satu keluarga dari ipoh ni yang terkena covid19 sembuh sepenuhnya.

Positif betul adik tu. Kena virus corona pun masih buat peace.

Dalam pada itu, katanya, mereka sekeluarga kini dalam proses mencuci dan nyah kumah kediaman mereka.

“Sekarang kami luangkan masa as a healthy family (sebagai keluarga yang sihat) di rumah. And we also helping out there who are asking us about this disease (Kami juga membantu mereka yang bertanya di luar sana mengenai penyakit ini),” katanya.

Erika Syamim berkata selepas tamat kuarantin 14 hari di rumah, bapanya boleh kembali bertugas dan mereka boleh melakukan aktiviti normal sebagai sebuah keluarga. – BERNAMA

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat