Bantuan Tunai Kerajaan Italy Masih Belum Diterima Rakyatnya

- Advertisement -

ITALI: Berbanding lebih 5 juta rakyat Malaysia yang akan menerima bantuan tunai daripada kerajaan hari ini, rakyat Italy – negara paling teruk dilanda wabak COVID19 setakat ini (dari segi jumlah kematian), masih belum menerima apa-apa bantuan tunai dari kerajaan mereka, lapor BBC.

Pendaftaran bagi bantuan tersebut telah dibuka sejak minggu sudah tapi wang yang dijanjikan mengambil masa yang terlalu lama untuk sampai kepada rakyatnya.

Ini menyebabkan ramai dikalangan penduduk negara tersebut terutama di kalangan mereka yang miskin, telah terputus bekalan makanan.

Sekalipun semalam Itali menunjukkan trend penurunan dari segi jumlah kematian dalam tempoh seminggu yang sudah, tapi realitinya, masih ramai lagi yang terus dijangkiti virus berkenaan.

Itali mencatatkan hampir 150,000 jumlah jangkitan sehingga semalam, dengan hampir 15,000 jumlah kematian – tertinggi di dunia setakat ini.

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat