Rel kargo akan ganti penggunaan kenderaan berat selepas ECRL siap – Menteri Pengangkutan

- Advertisement -

KUALA LUMPUR – Kementerian Pengangkutan (MoT) bakal memperkenalkan dasar baharu bagi perkhidmatan logistik, bertujuan menggantikan penggunaan kenderaan berat.

Menteri Pengangkutan Anthony Loke, berkata dasar berkenaan akan menggalakkan pemain industri beralih kepada penggunaan rel Laluan Rel Pantai Timur (ECRL) dan dijangka dibentangkan selepas projek berkenaan siap kelak.

Beliau berkata, dasar itu adalah alternatif untuk mengurangkan penggunaan kenderaan berat yang sering mengundang pelbagai isu keselamatan ketika di jalan raya.

“Dasar ini membabitkan pemberian insentif kepada pemain industri yang beralih menggunakan ECRL (sebagai mod logistik untuk menghantar barangan masing-masing), terutama di Pantai Timur.

“(Insentif berkenaan) bagi memastikan syarikat kargo dan pengangkutan memilih untuk menggunakan rel ECRL, berbanding kenderaan berat,” katanya pada sesi lisan di Dewan Rakyat pada Khamis.

Beliau menjawab soalan tambahan Khairil Nizam Khirudin (PN-Jerantut) mengenai perundangan baharu bagi memastikan nahas mengorbankan tujuh orang dan 33 lagi cedera di Kilometer (KM) 204 Lebuh Raya Utara Selatan baru-baru ini, tidak berulang.

Media sebelum ini, melaporkan status kemajuan projek pembinaan ECRL membabitkan empat negeri iaitu Kelantan, Terengganu, Kelantan dan Selangor sudah mencapai 78.5 peratus setakat Januari lalu.

Tahap kemajuan meyakinkan itu selari jadual penyiapan jajaran ECRL bagi fasa pertama dari Kota Bharu, Kelantan ke Terminal Bersepadu Gombak, Selangor, pada Disember 2026.

Jajaran fasa kedua dari Gombak ke Pelabuhan Selangor pula akan disiapkan menjelang Disember 2027 dan beroperasi sepenuhnya pada Januari 2028.

Menjawab soalan asal, Anthony Loke berkata, Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) mendapati dua daripada tiga kenderaan perdagangan terbabit dalam insiden itu gagal pengauditan Pemeriksaan dan Audit Keselamatan (JISA), lapor BH.

Katanya, dua kenderaan perdagangan itu masing-masing dikendalikan syarikat V Travel Sdn Bhd yang merekodkan skor 11 peratus, manakala S&C Maju Enterprise pula 22 peratus.

“Sebagai tambahan, syarikat V Travel Sdn Bhd digantung semua Lesen Kenderaan bermula 18 Februari sehingga 19 Mac ini kerana gagal mematuhi kehendak Kod Amalan Industri Keselamatan (ICOP) Keselamatan.

“Syarikat S&C Maju Enterprise pula digantung Lesen Pengendali selama 30 hari kerana gagal mematuhi kehendak ICOP Keselamatan dan permit kenderaan dibatalkan kerana rekod pemanduan melebihi had laju.

“Perkara ini diputuskan dalam Mesyuarat Jawatankuasa Pembatalan dan Penggantungan Lesen (JPPL) bertarikh 3 Mac lalu,” katanya.

author avatar
Janatul Firdaus Yaacob
-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat